This page only show a random content. Please go to page Facebook for any news and updates.
“Makanan Terbaik Tanaman Anda”
“Makanan Terbaik Tanaman Anda” adalah keluaran PELADANG.
NBKSB amat teliti terhadap kualiti baja yang disalurkan kepada pelanggan demi hasil tanaman yang terbaik.
KEYAKINAN YANG BERGANDA!
“We Partner With Safety”
25 Mei 2023: HSE Days 2022/2023 yang berslogankan “We Partner With Safety”
Alhamdulillah telah selesai salah satu tanggungjawab, iaitu sebuah program (Hari Kempen Keselamatan) inisiatif di dalam kontrak NBKSB terhadap PCFKSB sebagai kontraktor pembekal tenaga kerja & operasi pembungkusan baja. Ini juga sebuah tanggungjawab NBKSB dalam melengkapkan pengoperasian dan komersial bagi pihak NAFAS.
Objektif program “HSE Days” adalah memastikan kesedaran keselamatan dalam konteks kerja-kerja operasi harian terhadap pekerja. Ini bagi mengekalkan konsistansi amalan kerja yang selamat dan teratur.
Program ini bukan sahaja tentang kesedaran keselamatan, ia juga sebuah penghargaan kepada pekerja di atas komitmen dan prestasi terhadap tugasan mereka. Selain itu, penyampaian sijil penghargaan bagi menghargai kakitangan yang telah membantu syarikat mencapai matlamat bersama.
Di kesempatan ini, kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak PCFKSB di atas pengiktirafan “Gold Award” yang diberikan semasa “Contractor Forum 2023 by Petronas Chemical Fertiliser Kedah Sdn Bhd” di atas pencapaian di tahun 2022. Begitu juga anugerah-anugerah sebelum ini sejak 2016 (Bronze Award) dan 2018 (Silver Award).
InsyaAllah NBKSB akan terus berusaha menyumbang di dalam mendukungi aspirasi Nafas dalam memartabatkan misi dan visi kerajaan dalam memastikan keterjaminan Dasar Agromakanan Negara
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2023
“Saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2023 dan Maaf Zahir & Batin kepada seluruh warganet di laman sosial dan warga peladang yang mengikuti kami, moga kita bergerak seiring dalam meneroka peluang-peluang akan mendatang. Terima kasih atas sokongan berterusan kepada NBKSB” - Encik Zalifudin Md Arshad (CEO)
Congratulations
Heartiest Congratulations to NAFAS Bajakimia Sdn Bhd on winning the GOLD AWARD 2022 in honor of the outstanding achievement throughout the year of 2022.
The award was presented during Contractor Forum 2023, by PETRONAS Chemical Fertilizer Kedah Sdn Bhd.
We wish that NBKSB will continue to use this recognition as motivation to keep striving for excellence in 2023
“EVENT OF THE DAY”
Khamis 13 April 2023,
“EVENT OF THE DAY”
Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (ALP) NBKSB. (Bil.2/2023)
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YH Dato’ Zamri bin Yaakob, (Pengerusi), turut serta Encik Faris Arriffin (Pengurus Besar NAFAS), bersama Encik Saripol Bahrin (Tim. Pengurus Besar NAFAS), tidak lupa juga Encik Zalifudin Arshad (Ketua Pegawai Eksekutif NBKSB) bersama kakitangan yang lain dalam perbentangan mesyuarat kali ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), YB Tuan Chan Foong Hin mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
11 April 2023 | Ibu Pejabat, NAFAS
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), YB Tuan Chan Foong Hin mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari ini.
Ketibaan YBTM KPKM disambut Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, Dato’ Zamri bin Yaakob dan Pengurus Besar NAFAS, Muhammad Faris bin Arriffin serta barisan Pengurus Kanan NAFAS.
Agenda utama kunjungan itu adalah bagi memperkenalkan struktur serta fungsi NAFAS dalam melaksanakan peranan seiring dengan visi dan misi Kementerian sebagai peneraju transformasi pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik dan kompetitif.
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS
14 Mac 2023 | Ibu Pejabat NAFAS | LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari ini.
Ketibaan Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu disambut Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, Dato’ Zamri bin Yaakob dan Pengurus Besar NAFAS, Muhammad Faris bin Arriffin serta barisan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS.
Hadir sama, Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Lokman bin Ali, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPKM, Datuk Badrul Hisham bin Mohd dan Setiausaha Bahagian (Pembangunan Industri Padi) KPKM, Datuk Azman bin Mahmood.
Agenda utama kunjungan itu adalah bagi memperkenalkan struktur serta fungsi NAFAS dalam melaksanakan peranan seiring dengan visi dan misi Kementerian sebagai peneraju transformasi pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik dan kompetitif.
Majlis Pelancaran Baja Sebatian Berskala Kecil Jenama Peladang
Alhamdulillah Majlis Pelancaran Baja Sebatian Berskala Kecil Jenama Peladang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah.
Para pengunjung MAHA 2022 yang mahu mendapatkan produk terbaharu baja Sebatian 65 dan baja Sebatian 45 boleh berkunjung ke Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS.
Majlis Pelancaran Jubli Emas 50 tahun
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) pada hari ini menganjurkan Majlis Pelancaran Jubli Emas 50 tahun yang disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee. @dronaldkiandee
Penubuhan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) pada 31 Mac 1972 adalah daripada ilham Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein Al Haj.
Sehingga hari ini, NAFAS telah disertai 14 Pertubuhan Peladang Negeri, (PPN), 279 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan dianggotai 928,636 ahli peladang di seluruh negara.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam ucapan perasmiannya berkata, tempoh 50 tahun yang dilalui NAFAS telah memperlihatkan betapa usaha keras dalam memastikan kebajikan serta menjaga kesejahteraan ahlinya, sekali gus terus mengembangkan dan memajukan sektor pertanian negara secara keseluruhannya.
Bagi memastikan NAFAS terus kekal relevan sebagai payung kepada rantaian Pertubuhan Peladang, NAFAS akan melaksanakan 5 Tekad NAFAS sebagai fokus menuju tahun 2030.
Meniti usia 50 tahun, NAFAS lebih bersedia mendepani cabaran dan melihat kepada keperluan masa depan. Sebagai sebuah institusi yang menerajui pergerakan Pertubuhan Peladang serta sebagai badan perniagaan yang berdaya maju, NAFAS akan lebih dinamik dan produktif dalam mengurus serta membentuk masyarakat tani yang berdikari, makmur dan bersatu padu demi Keluarga Peladang.
Sepanjang bulan Oktober hingga November tahun 2021, sebuah program "PPP20" telah dijalankan di bawah selian Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengembangan "TOTe". Program ini telah dilaksanakan oleh kerjasama antara Lembaga Koko Malaysia bersama NAFAS Bajakimia Sdn Bhd.
"PPP20" ialah singkatan bagi "PROGRAM PENINGKATAN PRODUKTIVITI 2020" dengan peruntukkan lebih 60 metrik tan baja koko yang berjenama PELADANG telah diagihkan diseluruh semenanjung Malaysia, jenama PELADANG tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita dengan pelbagai produk yang terdapat dipasaran pada masa kini. Bagi program "PPP20" produk yang diketengahkan ialah baja koko "MCB F1 HYFer", sesuai dengan kerjasama bersama LKM dalam industri tanaman koko ini untuk menjadikan pilihan mereka sebagai produk utama. Kerana baja koko "MCB F1 HYFer" sememangnya dijamin berkualiti premium dengan harga marhaen, kebanyakkan pengusaha koko menyatakan keberhasilan penggunaan sanggat memuaskan dan dapat meningkatkan hasil biji koko kering sebanyak 20%-24% berbanding baja biasa.
Peserta "PPP20" telah diberikan khusus latihan khas dalam meningkatkan hasil tanaman koko, seperti skop pembajaan, pengiraan hasil, pemangkasan, pendebungaan, sistem cantuman untuk cambah tunas dan sistem pungut hasil. Selain itu, sesi nasihat bersemuka juga dapat diperhalusi objektif program untuk meningkatkan produktiviti tanaman koko. Pada masa yang sama pihak NBKSB juga mengambil peluang dalam program ini untuk memberi input cara penggunaan baja MCB F1 HYFer secara bersemuka bagi memenuhi kepuasan pengguna baja. Hampir rata-rata mengetahui cara penggunaan baja ini, impak khusus daripada "PPP20" selian TOTe amat membantu para pengusaha untuk meningkatkan produktiviti tanaman pengusaha.