Kampung @ Jempol telah diwujudkan oleh PDT Jempol bagi menjadi pusat rujukan data dan maklumat berkaitan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, permohonan e-Kasih, tempat menarik dan lokasi kampung di daerah Jempol. Hal ini mampu untuk memenuhi keperluan penyeragaman serta rujukan data oleh mana-mana agensi di daerah dan individu. Menyokong aspirasi Kerajaan untuk menggapai Sustainable Development Goal (SDG) 2030, Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan Rancangan Malaysia Ke-12, pelaksanaan pendigitalan data di PDT Jempol yang turut selari dengan agenda pendigitalan Sektor Awam, Kampung @ Jempol mengetengahkan signifikan ketersediaan data yang boleh dipercayai, berkualiti tinggi dan tepat pada masanya yang diasingkan mengikut lokaliti iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) di Daerah Jempol dan keunikan setiap 56 buah kampung.
Selaras dengan inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan yang menggunakan platform dan ekosistem google, Kampung @ Jempol turut dibangunkan menggunakan platform yang sama bagi menyokong inisiatif tersebut termasuk memudahkan penyelenggaraan data.
Pengembangan portal ini akan dilaksanakan kerana terdapat beberapa inisiatif perlu mendapat kerjasama daripada agensi dan jabatan kerajaan yang lain.