Kampung @ Jempol merupakan satu portal rujukan bagi maklumat asas dan data berkaitan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan sosial daerah Jempol termasuk permohonan e-Kasih.
Kampung @ Jempol digerakkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Jempol namun tetap memerlukan data daripada agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan.
MYJempol diasaskan daripada penyelesaian masalah keseragaman data, keberadaan data dan penyimpanan maklumat asas yang tidak dikumpulkan dengan komprehensif. Oleh itu, Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) - The Thinkers telah meluncurkan Kampung@Jempol.
Kampung@Jempol diwujudkan untuk kegunaan semua pihak termasuk mana-mana agensi kerajaan dan orang awam bagi merujuk data-data serta maklumat yang relevan serta membantu rakyat dalam memudahkan urusan permohonan e-Kasih bagi daerah Jempol.
Ya, setiap data dan maklumat yang dikongsi ialah data yang terkini dan sentiasa dikemaskini. Pengunjung laman ini boleh merujuk kepada PDT Jempol untuk kepastian.