PANDUAN UNTUK MENTRANSKRIP/MEMBACA SEMULA GURISAN
Kebolehan membaca balik atau mentranskrip adalah perkara yang PENTING dalam trengkas. Anda hendaklah boleh membaca balik atau mentranskrip apa yang anda tuliskandalam trengkas tidak kira tulisan trengkas anda betul atau salah. Anda bertanggungjawab membaca betul pada tiap-tiap kali mentranskrip.
Semasa mentranskrip tentukan perkataannya betul perkataan dalam bahasa Malaysia atau perkataan bahasa asing yang telah menjadi perkataan bahasa Malaysia. Contohnya petang BUKAN peting, petung, putung, putang dan lain-lain. Ayatnya betul mengikut jalan bahasa Malaysia. Contoh: Pada pendapat saya BUKAN: Pada dapat saya…..Pada pendapatan saya….Dia mengucapkan terima kasih…BUKAN Dia berucap terima kasih. Ayat juga memberi makna yang munasabah. Contoh: Permainan bola sepak akan diadakan di padang…BUKAN: Permainan bola sepak akan mengadakan di padang….Kos bangunan.
Anda boleh membuat latihan dengan mentransrip gurisan-gurisan yang disediakan.