My Trengkas adalah platform pembelajaran secara interaktif yang dibina bagi memberi pengetahuan kepada pelajar tentang teori-teori penulisan trengkas dengan menggunakan sistem Trengkas Pantas. My Trengkas ini memberi penekanan kepada kemahiran memahami, mengguris dan mentranskrip semua perkataan dalam Bahasa Malaysia.
PERATURAN MENGURIS
Gunakan pensil 2B
Gunakan kertas yang bergaris standard saiz (jangan terlalu kecil)
Pemadam hanya digunakan bila perlu, semasa kepantasan pemadam tidak diperlukan.
Tangan yang menguris sebaik-baiknya tidak memakai jam @ gelang tangan.
jangan sekali-kali menulis rumi semasa membuat kepantasan.
PENDAHULUAN
Trengkas Pitman 2000 adalah alat bagi mengingat kembali kepada apa yang dipertuturkan.
Ia tidak berguna langsung jika para pelajar tidak dapat membaca semula /mentranskrip apa yang tertulis.
Para pelajar hendaklah mengenal sendiri segala gurisan yang pelajar telah buat.
PANDUAN
Sewaktu mengambil rencana pelajar hendaklah menulis dengan fahaman.
Sewaktu membaca semula/mentranskrip pelajar hendaklah cuba mengingat semula apa yang dipertuturkan dan tulisan Trengkas adalah ALAT sahaja. INGAT: Apa yang dituturkan adalah BETUL.
Oleh kerana apa yang dipertuturkan adalah BETUL, segala kesalahan adalah kesalahan pelajar sendiri bukan kesalahan orang yang bercakap. Oleh itu pelajar berkewajipan mentranskrip yang BETUL sahaja.
Ayat yang ditranskripkan hendaklah memberi makna yang munasabah dengan jalan bahasa yang betul
Mengetahui prinsip – prinsip asas Trengkas
Hampir semua bahasa di dunia ini terdapat dalam 2 bentuk iaitu LISAN dan TULISAN.
Kedua-dua bentuk ini boleh bertukar dari satu bentuk kepada bentuk yang lain iaitu LISAN à TULISAN & TULISAN à LISAN
Lisan meninggalkan sedikit kesan dan sangat mudah dilupa tetapi TULISAN meninggalkan kesan yang berkekalan dan boleh dirujuk kembali jika terlupa.
Dalam bahasa Malaysia terdapat 2 jenis tulisan bagi merekod apa yang ditutur iaitu tulisan RUMI dan JAWI.
Abjab-abjad RUMI dan JAWI tidak boleh dijadikan alat bagi menulis cepat kerana huruf-hurufnya banyak garisan.
Bagi membolehkan kita menulis dengan agak cepat, Trengkas Sistem Pitman 2000 mengunakan GURISAN (bukan huruf) digunakan bagi melambangkan BUNYI atau FONEM.
Dalam tulisan rumi dan jawi HURUF melambangkan BUNYI. Dalam trengkas GURISAN melambangkan bunyi
HURUF VOKAL
Dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard. Huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o, u .
HURUF KONSONAN
Dalam bahasa Melayu ada 16 huruf-hurf konsonan seperti a,b,c,d,e,f,g,h,i,j,k,l,m.n.o.p.q.r.s.t.u.v.w.x.y dan z
JENIS-JENIS GURISAN
1. Gurisan kebawah
2. Gurisan melintang
3. Gurisan ke atas
SAIZ GURISAN
1. Biasa
2. Separuh Ukiran Gurisan
3. Cecah
Panjang setiap gurisan untuk gurisan yang biasa adalah + 0.5
PANDUAN UNTUK MENTRANSKRIP/MEMBACA SEMULA GURISAN
Kebolehan membaca balik atau mentranskrip adalah perkara yang PENTING dalam trengkas.
Anda hendaklah boleh membaca balik atau mentranskrip apa yang anda tuliskandalam trengkas tidak kira tulisan trengkas anda betul atau salah.
Anda bertanggungjawab membaca betul pada tiap-tiap kali mentranskrip
SEMASA MENTRANSKRIP TENTUKAN
1. Perkataannya betul perkataan bahasa Malaysia atau perkataan bahasa asing yang telah menjadi perkataan bahasa Malaysia. Contohnya petang BUKAN peting,petung, putung, putang dll.
2. Ayatnya betul mengikut jalan bahasa Malaysia. Contoh: Pada pendapat saya BUKAN: Pada dapat saya…..Pada pendapatan saya….Dia mengucapkan terima kasih…BUKAN Dia berucap terima kasih.
3. Ayat memberi makna yang munasabah. Contoh: Permainan bola sepak akan diadakan di padang…BUKAN: Permainan bola sepak akan mengadakan di padang….Kos bangunan
Malaysia Hari Ini merupakan sebuah rancangan bual bicara yang padat dengan pelbagai informasi menarik berkenaan hal ehwal semasa, kesihatan serta isu-isu viral untuk menjana pemikiran masyarakat.
Sebarang pertanya berkaitan dengan Trengkas boleh diajukan ke email: trengkas1@gmail.com
Mohon bantuan dan kerjasama anda untuk mengisi borang kajian keberkesanan My Trengkas dengan klik button di bawah. Kerjasama anda amatlah dihargai.