Koleksi Missfirichstore2u telah diasaskan oleh Fiona Joyce Makah atau lebih dikenali dengan singkatan "FJM".
Idea untuk memulakan koleksi ini tercetus pada tahun 2012 dimana beliau berada di tahun akhir pengajiannya di University of Auckland, New Zealand. Beliau mencuba untuk mencari nama kepada koleksi pakaian, perfume, kasut dan beg tangan berjenama yang beliau miliki ketika itu & mendapat ilham untuk menamakannya sebagai 'MissFi Collection'.
Kemudian, beliau mendapat idea membuat jualan preloved koleksi tersebut sebelum tamat pengajian dan pulang ke Malaysia. Tujuan jualan preloved tersebut adalah untuk mengurangkan beban barangan yang perlu dibawa ke Malaysia kerana merasakan sebahagian koleksi berkenaan sudah tidak diperlukan lagi. Namun begitu, barangan berjenama tersebut masih mempunyai nilai kerana ia adalah barangan berjenama bertaraf antarabangsa. Akan tetapi, beliau tidak menyangka bahawa jualan koleksi tersebut laris dan habis terjual dalam masa seminggu. Beliau amat teruja atas sambutan luar biasa & mula membuat catatan kecil di dalam jurnal beliau dengan menulis "One day, I will own an outlet for MissFirichstore2u Collection". Setelah itu, minat beliau untuk menjadi 'personal shopper' yang menjual barangan berjenama mewah telah ditanamkan di dalam jiwa tetapi tidak diteruskan dengan serius oleh kerana masih mempunyai komitmen dalam pekerjaan dan lain-lain.
Koleksi Missfirichstore2u ini telah mula mendapat perhatian di dalam hati ramai prospek pelanggan sejak 2016, apabila FJM, juga dikenali sebagai 'MissFi' mengambil keputusan untuk mempromosikan secara konsisten kesemua barangan berjenama antarabangsa melalui platform utama iaitu Facebook, sebelum menjual secara langsung bermula tahun 2020 apabila syarikat perniagaan beliau dapat menyimpan stok dalam kuantiti yang besar.
Jualan dari koleksi Missfirichstore2u ini dianggap sebagai sejarah dalam hidup pengasas sendiri kerana sebelumnya, beliau telah mencuba beberapa perniagaan sampingan yang berkenaan dengan produk, namun sambutan kurang menggalakkan & akhirnya beliau mencari inisiatif baharu. Namun begitu, setelah mengambil cabaran bersama rakan beliau yang menetap di New York, koleksi Missfirichstore2u telah mampu mencapai rekod jualan tertinggi dalam tempoh sebulan & berjaya bertapak dengan kukuh dalam kalangan masyarakat di Sarawak & Sabah sejak 2020. Antara tips kejayaan perniagaan koleksi ini adalah memperkenalkan sistem pengurusan stok & pengurusan hasil jualan yang tersendiri.
Bermula dengan 3 jualan beg sahaja dalam masa sebulan sehingga kini dapat mencecah 500 jualan bag sebulan, dengan kerjasama Mini Ambassador Missfirichstore2u. Mereka berperanan mempromosikan koleksi syarikat kepada prospek kenalan, keluarga & rakan-rakan. Pemilihan Mini Ambassador Missfirichstore2u adalah berdasarkan minat, pengalaman, ilmu & kecenderungan mereka dengan barangan berjenama mewah.
Sebagai pengasas, beliau menaruh kepercayaan penuh terhadap pasukan yang sedang berkembang dengan harapan syarikat perniagaan Missfirichstore2u akan semakin maju & dikenali di seantero dunia pada masa hadapan.