Terima kasih atas jemputan sebagai Personaliti Undangan ke RTM Kuching yang telah dianjurkan oleh Wai.fm Bidayuh dengan tema 'Dayung Sangon'. Kami telah bersiaran secara langsung pada 19 Mac 2021 sempena bulan penghargaan kepada wanita sedunia. Pelbagai perkara yang telah dikongsikan oleh pihak kami untuk menginspirasikan para pendengar termasuklah pencapaian peribadi dan perniagaan kecil sebagai wanita Bidayuh.