Kajian menunjukkan minyak kelapa mencegah penyakit jantung koronari kerana ia meningkatkan paras kolesterol HDL (kolesterol baik) dan juga mencegah kolesterol LDL daripada teroksida dan menjadi ‘jahat’.
Jasad ketone yang terhasil daripada MCFA ini akan membekalkan tenaga alternatif untuk sel-sel otak berfungsi semula dengan lebih baik dan membantu pemulihannya dengan mengurangkan pembentukan beta amyloid.
Minyak kelapa telah di ketahui boleh membantu dalam masalah jangkitan saluran air kencing dan buah pinggang. Kajian menunjukkan, bahan asid lemak rantaian sederhana (MCFA) di dalamnya bertindak sebagai bahan anti kuman yang merosakkan lapisan lemak pada bakteria dan membunuhnya.
Asid kaproik dan kaprilik yang bersifat anti keradangan yang membantu mengawal keradangan sendi dan mengurangkan simptom radang dan kesakitan kepada sendi yang mengalami masalah radang sendi (arthritis).
Sel-sel kanser tidak berupaya menggunakan keton sebagai sumber tenaga dan hanya bergantung kepada glukosa untuk sumber tenaga utamanya. Oleh itu jika kita mengurangkan karbohidrat dalam pemakanan dan mengambil lebih banyak lemak atau minyak kelapa, maka sel-sel kanser tidak mendapat bekalan glukosa secukupnya. Ini akan melemahkan dan akhirnya membunuh sel-sel kanser akibat ‘kebuluran’ glukosa.
Kajian menunjukkan kandungan asid laurik (monolaurin) di dalam minyak kelapa membantu menghalang pertumbuhan kulat kandida di dalam usus, melawan bakteria jahat dan membantu membunuh virus dalam tubuh. Banyak penyakit berjangkit hari ini berpunca daripada pembiakan tidak terkawal kulat, bakteria jahat, virus dan parasit dalam tubuh kita terutama akibat pengambilan gula dan makanan proses secara berlebihan.
MCFA adalah lemak tepu rantaian sederhana yang sangat baik sebagai sumber tenaga utama sel-sel otak dan boleh masuk ke dalam sel-sel otak tanpa bantuan insulin. Oleh itu adalah sumber tenaga yang sangat efisien untuk organ otak kita.
Minyak kelapa adalah sangat mudah di hadamkan dan menghasilkan tenaga segera yang tahan lama dan ia juga meningkat metabolisma tubuh . Apabila kita mengambil minyak kelapa kandungan MCFA didalamnya memberikan tenaga segera yang di hantar ke organ hati (liver) dan di tukarkan kepada tenaga segera dalam bentuk jasad keton (ketone bodies).
Minyak kelapa membantu perkembangan dan pembiakan bakteria baik dalam usus dan secara tidak lansung memperbaiki kesihatan usus dengan membunuh kulat dan bakteria jahat. Jangkitan kulat kandida menjadi satu masalah utama dalam usus kerana ia menyebabkan masalah radang usus, penghasilan asid perut menurun dan mengganggu penyerapan zat-zat nutrisi yang penting.
Minyak kelapa juga mudah di hadamkan dan ia boleh membantu pesakit yang ada masalah batu hempedu, masalah keradangan pundi hempedu (cholecystitis) dan keradangan kelenjar pankreas (pancreatitis). Mengubah pengambilan lemak tepu yang lain dengan bertukar kepada pengambilan minyak kelapa atau santan adalah kaedah yang lebih baik bagi seseorang yang mempunyai masalah gangguan kelenjar pankreas dan pundi hempedu.
Minyak kelapa melindungi kulit dan mempunyai kandungan anti oksidan yang menjadikan ia sesuai untuk pemulihan masalah kulit. Minyak kelapa juga mempunyai bahan anti kuman yang boleh membunuh kulat dan kuman di kulit. Terdapat banyak kelebihan minyak kelapa kepada kesihatan dan kecantikan kulit.
Minyak kelapa sangat baik digunakan sebagai cecair kumur-kumur untuk mencegah masalah kerosakan gigi dan bengkak gusi . Kajian menunjukkan selain daripada memberi kelebihan kesihatan mulut, ia juga sangat berkhasiat untuk kesihatan umum juga . Minyak kelapa mempunyai khasiat untuk kesihatan mulut, gigi dan gusi adalah kerana sifat anti kuman MCFA yang ada didalamnya.
Dengan berkumur dengan minyak kelapa dalam mulut akan membunuh bakteria jahat di dalam mulut dan melekat padanya.
Penyakit tulang reput atau osteoporosis adalah juga berpunca daripada tekanan oksidatif dan radikal bebas. Oleh kerana minyak kelapa dara tinggi dengan anti oksidan yang melawan radikal bebas dan boleh membantu dalam rawatan masalah reput tulang atau osteoporosis.
Kajian juga menunjukkan minyak kelapa boleh membantu penyerapan kalsium dalam usus. Kajian ini juga menunjukkan pengambilan minyak kelapa meningkat ketumpatan tulang dan kekuatan tulang dan mengurangkan kehilangan jisim tulang akibat penyakit osteoporosis.
Apabila seseorang mengambil terlalu banyak makanan karbohidrat proses maka paras glukosa yang tinggi secara berterusan akan menyebabkan akhirnya terjadi ‘sindrom rintangan insulin’. Ia adalah punca kepada penyakit diabetes mellitus atau kencing manis.
Kajian menunjukkan minyak kelapa boleh membantu dalam pesakit diabetes untuk mengawal penyakit diabetes dengan lebih baik. Minyak kelapa membantu dalam meningkatkan sensiviti sel-sel kepada insulin dengan menyeimbangkan reaksi insulin. Minyak kelapa dara akan menjadi jasad ketone yang akan membekalkan tenaga segera kepada sel-sel tubuh.
Oleh kerana minyak kelapa akan di hadamkan dan menjadi tenaga segera dengan sangat cepat maka ia adalah sangat baik dalam membantu menurunkan berat badan. Minyak kelapa tidak mengandungi bahan karbohidrat lansung di dalamnya. Ia membantu membakar lemak dan kalori dengan pantas, mengurangkan rasa lapar dan kajian menunjukkan ia sangat baik menghilangkan masalah perut buncit .
Kajian menunjukkan pengambilan MCFA (Medium Chain Fatty Acids) adalah baik untuk membina otot-otot tubuh disamping ia membantu membakar lemak. Bahan MCFA yang kaya di dalam minyak kelapa telah digunakan sebagai bahan ramuan asas untuk produk-produk membina otot yang digunakan oleh ahli sukan bina badan. Ia juga sangat baik meningkatkan stamina dengan meransangkan biogenesis mitokondria dalam sel-sel tubuh dan meningkatkan metabolisma.
Minyak kelapa adalah satu ramuan yang sangat baik untuk kesihatan kulit dan rambut. Jika anda mempunyai masalah kelumumur, rambut kering maka minyak kelapa mempunyai asid lemak yang sangat berkhasia mengatasi masalah ini . Oleh kerana itu minyak kelapa banyak di gunakan sebagai bahan aktif dalam shampoo dan sabun serta produk penjagaan kulit.
Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Antimicrobial and Chemotherapy telah menunjukkan bahawa asid kaprik dan asid laurik di dalam minyak kelapa membantu melawan jangkitan kulat kandida dan yis.
Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Journal Food and Function menunjukkan minyak kelapa meningkatkan paras anti oksidan dan akan melambatkan proses penuaan. Minyak kelapa membantu menurunkan stres atau tekanan kepada organ hati dan mengawal kadar stres oksidatif.
Menggunakan minyak kelapa dara amat penting untuk keseimbangan hormon. Ia akan membantu menyeimbangkan hormon secara semulajadi kerana kandungan asid lemak tepu seperti asid laurik. Kajian menunjukkan minyak kelapa adalah sumber lemak yang sangat baik semasa menopaus dan membantu menyeimbangkan hormon estrogen.
Minyak kelapa dara mempunyai sifat anti-virus dan anti-kulat yang kuat. Oleh itu, ia berkesan untuk mencegah selsema, flu, dan jangkitan virus lain. Semasa kehamilan, ini mungkin menjadi perlindungan penting bagi anda, kerana kehamilan menimbulkan kesan pada sistem imun anda, lalu menjadikan anda terdedah kepada pelbagai penyakit.