Melakukan urutan pada bayi dan kanak-kanak yang sukar untuk tidur membantu mereka mendapat ketenangan untuk mudah tidur, memperbaiki kualiti tidur mereka, dan meningkatkan kesihatan mereka.
VCO diketahui dapat membuat kulit bayi menjadi lebih lembut dan sihat. Ia memiliki kekuatan regeneratif (memperbaiki kulit) apabila diserap pada jaringan kulit untuk membantu menjaga kulit agar sentiasa tegang.
Sapu dan urut dengan lembut pada bahagian belakang dan bahu bayi dan kanak-kanak bagi memudahkan mereka tidur dan mendapat kulit yang cantik dan sihat.
VCO sangat berkesan dalam membersihkan “cradle cap”, atau kotoran pada kulit kepala bayi yang menyebabkan pembentukan lapisan kulit yang kering dan menggelupas pada kepala bayi.
Cara membersihkannya adalah mudah. Lumurkan VCO pada kulit kepala bayi dan urut perlahan-lahan menggunakan jari sehingga VCO meresap ke kulit kepala. Teruskan urut perlahan sehingga 10 hingga 20 minit. Ambil sikat yang biasa digunakan untuk bayi atau menggunakan tuala untuk menyisir keluar kerak yang sudah lembut.
Bayi dan kanak-kanak biasa mengalami sembelit kerana mereka tidak mengambil banyak serat dalam pemakanan mereka. Faktor dehidrasi dan tidak banyak melakukan aktiviti juga menyumbangkan kepada masalah ini.
Salah satu cara untuk mengurangkan sembelit pada bayi dan kanak-kanak adalah dengan menyapukan dan mengurut perlahan pada abdomen dengan menggunakan VCO mengikut bulatan lawan jam.
Membasahkan rambut mereka dengan VCO membantu menguatkan, melembutkan, serta melebatkan rambut mereka. Amalkan setiap hari. Ia mengambil masa beberapa bulan untuk melihat kesan yang baik.
Ruam pada kelengkang bayi biasa berlaku apabila lampin yang telah dibasahi dengan air kencing tidak ditukar dengan segera. Ini disebabkan sebatian urea yang ada pada air kencing akan menyebabkan ruam pada kulit. Bayi ruam yang teruk, bawalah untuk pemeriksaan doktor.