Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Setelah 63 tahun merdeka, sistem pendidikan Malaysia masih berhadapan pelbagai cabaran untuk membina generasi yang seimbang dan harmonis terutamanya aspek kerohanian dan emosi. Tidak dinafikan, pendidikan sedia ada berjaya melahirkan individu-individu yang cemerlang dalam akademik seterusnya professional dalam pelbagai bidang. Namun, tidak sedikit daripada mereka mengalami kekosongan rohani dan gejolak jiwa sehingga menyukarkan mereka untuk mengurus diri dan kehidupan yang akhirnya mewujudkan krisis ekonomi dan sosial dalam masyarakat. Oleh itu, adalah penting untuk menginsankan pendidikan di Malaysia dengan mengembalikan asas kemanusiaan yang digariskan dalam falsafah pendidikan kebangsaan. Asas kemanusiaan ini juga perlu didasari dengan prinsip agama dan nilai-nilai murni sejagat untuk membina semula manusia yang holistik dan rasional.
Menyediakan ruang dan peluang kepada para pemikir, penyelidik dan pendidik untuk berkongsi ilmu dan pandangan tentang isu, cabaran dan strategi dalam menginsankan pendidikan di Malaysia.
Menyebarluaskan ilmu dan kefahaman terhadap pendidikan holistik dan berasaskan nilai ke arah menginsankan pendidikan di Malaysia di era revolusi industri 4.0.
Mewujudkan jaringan kerjasama antara pihak pengajur dan agensi-agensi kerajaan mahupun swasta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menginsankan pendidikan di Malaysia.
TEMA
Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia
SUB TEMA
1. Pendidikan Holistik di Malaysia
2. Pendidikan Berasaskan Nilai
3. Pendidikan dalam Era Revolusi Industri 4.0
4. Pendidikan dalam Konteks Norma Baharu
Bidang pengajian pendidikan:
· Pendidikan awal kanak-kanak
· Pembelajaran sepanjang hayat
· Pendidikan Islam
· Pendidikan moral
· Pendidikan khas / inklusif
· Pendidikan bahasa
· Pendidikan antara budaya
· Pendidikan guru
· Pembangunan kurikulum pendidikan
· Bimbingan dan kaunseling
· Pengukuran / penilaian / pentaksiran dalam pendidikan
· Sosiologi pendidikan
· Psikologi pendidikan
· Falsafah pendidikan
· Kepimpinan / pengurusan dalam pendidikan
· Pedagogi pendidikan
· Pendidikan TVET & STREAM
· Teknologi dan inovasi dalam pendidikan
· Aktiviti kokurikulum
· Isu-isu semasa dalam bidang pendidikan
Tarikh Akhir Penerimaan Abstrak: 09 Oktober 2020
Notis Penerimaan Abstrak: 13 Oktober 2020
Tarikh Seminar: 11 & 12 November 2020
Tarikh Akhir Penerimaan Rakaman Video Pembentangan : 3 November 2020
Tarikh Akhir Penerimaan Kertas Kerja Lengkap: 30 November 2020
Penerimaan Awal Bayaran Seminar: 30 September 2020
Penerimaan Akhir Bayaran Seminar: 10 November 2020