11-12 November
(Pembentangan Secara Dalam Talian)
Pertandingan Inovasi Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2020 mempertandingkan produk atau hasil inovasi berkaitan proses atau bahan pembelajaran dan pengajaran. Ia adalah pertandingan inovasi yang dianjurkan buat julung kalinya dalam Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam. Pertandingan inovasi diadakan untuk menggalakkan perkongsian inovasi pendidikan dari pelbagai pakar amnya dan pakar pendidikan khasnya serta menggalakkan persaingan sihat di kalangan peserta. Idea pertandingan inovasi ini muncul hasil dari kejayaan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), menganjurkan pertandingan inovasi dalam satu persidangan antarabangsa yang dianjurkan pada tahun 2019. Maka InnoMEDC merupakan kesinambungan kepada usaha FPBU USIM dalam menyemarakkan dan meraikan inovasi. Penganjuran InnoMEDC ini diharapkan dapat menggalakkan penyertaan dan perkongsian inovasi dari pelbagai peringkat untuk digunapakai atau dipelajari bersama dalam pengajaran dan pembelajaran, serta menarik penglibatan dan memenuhi permintaan daripada warga dari pelbagai peringkat dan kategori institusi pendidikan di Malaysia seperti sekolah, kolej vokasional, kolej komuniti, politeknik, institut perguruan, institut kemahiran serta institusi pengajian tinggi swasta.
Berkongsi dan menyebarluaskan produk dan inovasi pengajaran dan pembelajaran.
Mengetengahkan produk dan inovasi pengajaran dan pembelajaran di peringkat kebangsaan.
Penyertaan InnoMEDC adalah terbuka kepada semua – golongan profesional, ahli akademik, penyelidik, guru-guru serta pelajar. Setiap individu atau kumpulan berhak untuk menyertai pertandingan ini secara terbuka. Penyertaan terbuka kepada ahli akademik USIM dan institusi luar (sekolah, kolej vokasional, kolej komuniti, politeknik, institu perguruan, UA, IPTS dan mana-mana institusi pendidikan yang lain). Kombinasi di antara ahli akademik dan pelajar dalam setiap penyertaan adalah dibenarkan. Jenis inovasi diterima sama ada dalam bentuk produk, penyelidikan/projek atau idea.
RM200/ penyertaan
* Pembentang boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Walau bagaimanapun, yuran adalah tertakluk kepada bilangan penyertaan yang dihantar.
Setiap inovasi yang pernah dipertandingkan sebelum ini perlu membuat perubahan/penambahbaikan yang baharu.
Rakaman video yang dihantar perlu ASLI, dan bukan hasil daripada penyertaan ke pertandingan inovasi lain yang disertai peserta (peserta perlu mengisi borang deklarasi untuk pengesahan ini).
Penghantaran Akhir Abstrak:
09hb Oktober 2020Notis Penerimaan Abstrak:
13hb Oktober 2020Penerimaan rakaman video inovasi:
31hb Oktober 2020Isi borang pendaftaran di link ini: https://forms.gle/dVbVQXb3gv6tAhec8
Terima surat penerimaan daripada penganjur.
Sediakan rakaman video pembentangan.
Pembentang InnoMEDC perlu memuat naik rakaman video pembentangan idea inovasi atau projek inovasi mereka ke YouTube. Rakaman video ini perlu mengandungi penerangan inovasi mengikut kriteria penilaian yang ditetapkan oleh penganjur. Rakaman video adalah dalam tempoh 8-10 minit. Pembentangan boleh dibuat dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Link YouTube setiap penyertaan perlu diemelkan ke sekretariat InnoMEDC di innomedc2020@gmail.com sebelum atau pada 31hb Oktober 2020 sebelum jam 12 malam.
Proses memuat naik rakaman video pembentangan ke YouTube
1. Sila ke youtube.com
2. Log masuk ke akaun YouTube (jika ada). Jika tiada, reka satu akaun google di https://accounts.google.com/SignUp.
3. Sila ke ‘Create a video or post’ link (Video Icon) di sebelah atas kanan muka skrin dan klik ‘Upload video’.
4. Klik ‘Select files’ atau anda boleh drag and drop rakam video pembentangan dari komputer anda.
5. Masukkan maklumat berikut:
a. Tajuk (Title): Isikan tajuk video pembentangan anda menggunakan standard format, InnoMEDC2020_ID peserta_tajuk inovasi. Contohnya, InnoMEDC_101_Roda Impian dalam pengajaran Jawi di sekolah rendah.
b. Penerangan (Descriptions): Taipkan satu penerangan ringkas mengenai video pembentangan anda. Contohnya, Video ini menerangkan penggunaan permainan roda impian di kalangan pelajar Tahun 4 di SK XXX.
c. Penonton (Audience): Pilihan penonton anda.
d. Elemen video (Video elements): Abaikan langkah ini dengan klik next.
e. Perkongsian (Visibility): Pilih ‘public’ setting.
f. Setelah video pembentangan siap, salin pendua link tersebut (contohnya, https://youtu.be/gkaQpnnVTus) dan isikan maklumat inovasi serta link YouTube rakaman video animasi di link berikut: https://forms.gle/4esWd6ZDF6gWpU6YA
Setiap pembentangan akan mendapat 2 e-sijil yang mempunyai kesemua nama ahli inovasi mengikut yang didaftarkan di dalam borang penyertaan:
a. e-sijil ’PESERTA’ (dengan nama kesemua ahli inovasi)
b. e-sijil ’PEMENANG’ (dengan nama kesemua ahli inovasi dan pencapaian anugerah yang diterima)
Semua pemenang juga akan menerima medal pingat yang dimenangi oleh kumpulan. Penganugerahan medal adalah dihadkan kepada 1 medal bagi setiap penyertaan. Penambahan medal perlu membuat bayaran tambahan RM50.00 untuk medal dan caj pos.
Permohonan e-sijil (dengan sebab kecuaian pendaftaran oleh peserta), dikenakan caj RM10.
Pemenang pertandingan akan diumumkan semasa majlis penutup pada 12 November 2020.
Setiap pembentangan InnoMEDC (dalam rakaman video) akan dinilai oleh 2 orang juri. Penilaian adalah berdasarkan kriteria berikut.
Tips, Tools, & Secret
12 November 2020
(10.15 - 11.45 Pagi)
Learning happens everywhere - literally. Our homes have become active learning spaces and it looks like our students will be staying over... for quite a while. We have learnt a great deal about teaching online this year and we have come to realise that what matters the most is our students must keep on learning. While all educators have experienced remote teaching and learning for a few months now, there’s still a lot to discover. Educators are still grappling with student engagement, managing resources and handling assessments. Although online learning is not ideal, it is indeed the best solution that we have in this pandemic crisis to make sure learning goes on.
In this hands-on workshop, we will learn about:
1. Designing learning experiences that are impactful.
2. Getting students to engage in online learning - heart, body and soul.
3. Managing assessments.
Participants will be engaged in hands-on activities and are therefore encouraged to participate using their computers or tablets.
Setiap Idea, maklumat, dan kajian berkenaan isu-isu pendidikan berpeluang untuk mendapat anugerah dan hadiah serta diterbitkan dalam prosiding dan jurnal terpilih.
Kertas kerja terpilih akan diterbitkan dalam Jurnal Sains Insani seawal Jun 2021 tanpa sebarang caj.