MAKTAB ADABI MAHARANI MUAR mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat di atas kepercayaan dan keyakinan tinggi serta masih mengenali dan mengingati Adabi.
Kami mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun lalu.
Bagi yang gagal, jangan kecewa dan berputus asa, cuba lagi. Kami berpengalaman lebih 45 tahun bersedia membantu mempertingkatkan prestasi anda.
Maktab Adabi Maharani merupakan satu-satunya sekolah swasta yang masih terus memberi khidmat kepada masyarakat di Muar khasnya dan Johor amnya dalam membantu dan membimbing pelajar untuk memperolehi sijil SPM.
Bagi individu yang tidak memiliki SPM tetapi telah berusia 17 tahun kami sedia membantu walaupun tidak pernah menduduki peperiksaan peringkat UPSR/PT3.
Kami juga menyediakan perkhidmatan pendaftaran SPM, MUET dan KERTAS JULAI.