ASAL USUL NAMA DAERAH
Pada suatu ketika dahulu, di sepanjang Sungai Telupid terdapat sejenis pokok yang tumbuh dengan banyaknya yang dipanggil Tapid-Apid dalam bahasa penduduk tempatan dari suku kaum Dusun di Telupid pada ketika itu. Pokok tersebut digunakan oleh penduduk tempatan untuk keperluan harian mereka samada untuk tujuan aktiviti pertanian mahupun nelayan. Memandangkan pokok tersebut begitu dominan dalam kehidupan mereka; mudah diperolehi dan memudahkan aktiviti kehidupan harian mereka maka penduduk Daerah Telupid telah menamakan daerah ini mengambil sempena nama pokok tersebut dengan nama TELUPID.
KELUASAN DAN PERSEMPADANAN
Luas Daerah Telupid ialah 1,935 kilometer persegi atau bersamaan dengan 747 batu persegi. Daerah ini bersempadan dengan Daerah Ranau di sebelah barat, Daerah Kecil Paitan di utara / timur laut, Daerah Beluran dan Daerah Kinabatangan di sebelah timur dan Daerah Tongod di Selatan.