PENGAJIAN MEMPUNYAI EMPAT PERINGKAT:- - Peringkat Nazirah -
Melancar dan memperbetulkan bacaan dari sudut makhraj dan tajwid dalam tempoh enam bulan.
- Peringkat Hafiz -
Menghafal 30 juz' Al Quran dalam tempoh tiga tahun.
- Peringkat Daur -
Mengulang dan memantapkan hafalan dalam tempoh 1 tahun.
- Peringkat Syhadah -
pelajar perlu mengkhatamkan Al-quran 30 juz' dalam masa satu hari dengan menghafalnya
PROSES PENGHAFALAN INI TERBAHAGI KEPADA TIGA BAHAGIAN:- - Hafalan Baru -
Hafalan baru adalah halaman-halaman yang baru dihafal oleh pelajar. Penghafalan baru ini mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Waktu penghafalan adalah selepas solat Maghrib sehinggalah pukul 9.30 malam.Guru akan menyemak pelajaran baru ini pada keesokan hari selepas Subuh.
- Juzu' Baru -
Hafalan yang baru mudah terlupa jika ianya tidak diperkukuhkan.Untuk memantapkan hafalan-hafalan yang baru,setiap hari pelajar akan mengulangi Juzu' yang baru di hafal sehingga lebih kurang 2 minggu.Proses ini mengambil masa 1½ jam setiap hari. (8.30am-10.00am)
- Juzu' Lama -
Bagi mengekalkan hafalan yang lama, setiap hari pelajar akan mengulangi juzu'-juzu' yang telah mereka hafalkan mengikut turutan Juzu'.Proses ini mengambil masa 3 jam setengah setiap hari.
Matapelajaran Tambahan Disamping menghafal Al-Quran, para pelajar yang mengikuti kursus Tahfiz akan mempelajari beberapa mata pelajaran asas,iaituFeqah,Hadith,Akhlaq,Tajwid dan Terjemahan