PROFAIL / LATAR BELAKANG
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN UMMUL QURA
Maahad Tahfiz Al-Quran Ummul Qura (MTUQ) adalah sebuah Institusi Pengajian Islam berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) No.Pendaftaran 03/1998
Pusat pengajian ini terletak di Lot No.726 Kampung Alor Nibong,08500 Kota Kuala Muda,Kedah Darulaman.Malaysia.
Keluasan tanah bagi tujuan pembangunan ini ialah 1.19629 hektar.Sebahagian Tanah ini telah diwakafkan oleh Tuan Haji Saaidin Bin Lazim kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) sebagai satu ibadah untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Disebabkan kekangan dana bagi membina pembangunan tersebut,Tuan Haji Saaidin Bin Lazim kemudiannya telah bergabung dengan menantunya iaitu Encik Suhaimi Bin Md Zani pada pertengahan tahun 1998 yang ketika itu memiliki syarikat pembinaan.
Hasil dari persefahaman dan gabungan itu bermulalah kerja-kerja menambun tanah,menanam cerucuk sehinggalah kerja-kerja membina sebuah surau dan dua blok bangunan dua tingkat iaitu blok (A) yang dijadikan asrama dan Blok (B) sebagai pusat pengajian membabitkan kos keseluruhan mencecah RM1.5 juta
Penubuhan pusat ini bukanlah berasaskan kepada keuntungan semata-mata sebaliknya di atas kesedaran tentang peri pentingnya Al-Quran diletakkan sebagai asas pendidikan secara total.
Visi MTUQ ialah untuk memberi pendidikan agama yang secukupnya kepada golongan remaja islam.Melahirkan pelajar-pelajar yang kuat imannya,kuat ibadatnya,kuat berpegang kepada cara hidup islam dan kuat ketakwaannya kearah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat