DARIPADA PENGETUA MAAHAD AL ISLAH
Assalamualaikum wbt
Alhamdullillah kami rafa’kan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t di atas limpah kurniaNya yang memberikan kekuatan kepada kami untuk terus meyumbang bakti dalam membangunkan ummah melalui sistem pendidikan berteraskan Islam di Maahad Al-Islah. Kini Maahad Al Islah terus berkembang dan berjaya membina imej dan kekuatannya yang tersendiri.
Pihak kami mempunyai keyakinan bahawa semua manusia mempunyai bakat, minat dan kecenderungan dan jika diasuh, dididik dan dilatih dengan sempurna melalui sistem pendidikan yang berpandukan Al Quran dan As sunnah. Menjadi hasrat asas penubuhan Maahad Al-Islah membentuk kekuatan ummah melalui keperibadian muslim yang berilmu dan bertaqwa. Di samping tidak meminggirkan keutamaan akademik yang mengikut sukatan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Meskipun sekolah - sekolah agama di tanahair menghadapi cabaran yang paling getir sejak akhir-akhir ini, Maahad Al-Islah terus mendapat dokongan ibu bapa dan juga masyarakat yang prihatin terhadap masa hadapan umat. Doa, dokongan dan sokongan kami pohon, agar keupayaan dan potensi Maahad Al-Islah menyumbang bakti kepada masyarakat terus berkembang dan berjaya.
Maahad Al-Islah mengalu–alukan sebarang permohonan kemasukan daripada semua pelajar yang berminat untuk bersama - sama membina masa hadapan yang cemerlang melalui kekuatan peribadi dan ilmu. Saya juga merakamkan ucapan syabas kepada ibu bapa, guru dan juga para pelajar yang telah memilih Maahad Al-Islah sebagai wadah pendidikan untuk meneroka kebesaran ilmu Allah s.w.t.
Sekian, wassalam.
Tuan Haji Agus Lokman bin Haji Sulam
Pengetua Maahad Al-Islah