MAAHAD AL ISLAH adalah sebuah Sekolah Menengah Agama Rakyat ( SMAR ) yang ditubuhkan pada 11 Disember 1989 atas kesedaran betapa perlunya sebuah institusi pengajian agama peringkat sekolah menengah diwujudkan untuk membina masyarakat yang mampu berhadapan dengan cabaran semasa bersesuaian dengan tuntutan Islam
Institut pendidikan ini berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak dengan nombor pendaftaran JAIPk/SMAR/ T.I 10/97 dan diasaskan oleh Allahyarham Tuan Haji Sulamuddin bin Haji Mansor.
Maahad Al Islah terletak di tengah jelapang padi Sungai Manik. Jarak dengan Bandar Teluk Intan adalah 17 kilometer. Kedudukannya yang bersebelahan dengan Masjid Jame’ Al Mansor menambahkuatkan lagi suasana tarbiah di Maahad Al Islah. Masjid tersebut menjadi nadi kepada usaha memantapkan budaya ilmu dan pembentukan sahsiah di kalangan pelajar dan penduduk tempatan.