Nama : Rebecca Anak Bantin
Nombor Matrik : 86946
Peranan : Pereka Web
Sumbangan dalam Pengurusan Projek
Sebagai pereka web untuk kumpulan saya, tanggungjawab saya adalah merancang, mereka bentuk, dan membangunkan laman web menggunakan Google Sites untuk menyokong matlamat projek dan menunjukkan hasil tugasan kumpulan saya. Saya mengenal pasti keperluan laman web serta memastikan struktur dan kandungan laman web selaras dengan tema dan tajuk projek kumpulan kami. Selain itu, saya mereka bentuk laman web dengan susun atur yang menarik, menggunakan warna dan elemen visual yang konsisten, serta memastikan semua kandungan seperti teks, imej, dan video diitegrasikan dengan baik. Saya juga memastikan laman web mudah diakses dan memastikan navigasi laman web jelas serta mesra pengguna.
Pengalaman semasa menjalankan projek di Kampung Semalatong
Perjumpaan pertama bersama Ketua Kampung Semalatong untuk mendapatkan latar belakang tentang Batu Kudik dan kami memberitahu tentang matlamat kami berkaitan penganjuran projek.
Gambar penutupan untuk perjumpaan pertama.
Program SULAM bersama komuniti di UNIMAS.
Memaparkan hasil laman web kepada Pensyarah.
Terlibat dalam perbincangan bersama ahli kumpulan dan Pensyarah.
Perjumpaan untuk penutupan projek bersama komuniti.
Menganjurkan pertandingan menwarna dalam golongan kanak-kanak di Kampung Semalatong.
Membantu menjayakan aktiviti yang dianjurkan bersama komuniti.
Jamuan bersama ahli kumpulan sebagai penutupan projek kami.
Dengan melibatkan diri dalam kursus KMK3163 Pengurusan Projek, saya mempelajari teknik yang diperlukan untuk merancang dan melaksanakan projek dengan berkesan. Kursus ini memberi saya peluang untuk belajar mengenai pengurusan skop, masa, kos, dan risiko dalam projek serta kepentingan komunikasi yang baik dengan ahli kumpulan dan komuniti. Secara keseluruhan, kursus ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran teknikal saya tetapi juga memberi keyakinan untuk mengambil peranan yang lebih besar dalam pengurusan projek pada masa hadapan.