Gambar - gambar di atas merupakan perjumpaan yang pertama bersama Ketua Kampung Semalatong di Simunjan pada 25 Oktober 2024 yang melibatkan hanya beberapa ahli kumpulan sahaja. Pada hari tersebut, Ketua Kampung juga telah berkongsi cerita tentang latar belakang wujudnya Batu Kudik dan serba sedikit latar belakang kampung mereka. Perjumpaan yang pertama ini menyebabkan kumpulan kami mendapat pengetahuan dan pengajaran melalui wujudnya Batu Kudik tersebut. Kami juga membuat perancangan bersama Ketua Kampung supaya kumpulan kami dapat membuat aktiviti bersama komuniti di Kampung Semalatong pada perjumpaan yang seterusnya.
Perjumpaan kedua dan juga penutupan bersama komuniti pada 14 Disember 2024. Perjumpaan kali ini kumpulan kami telah menganjurkan aktiviti bersama penduduk kampung Semalatong iaitu pertandingan mewarna yang melibatkan kanak-kanak di kampung tersebut. Kami juga telah menyediakan hadiah kepada kanak-kanak yang terlibat dan menyampaikan cenderahati daripada UNIMAS sebagai tanda penghargaan kepada Ketua Kampung.
Ahli penyunting video telah menunjukkan hasil video mereka yang merupakan kisah Batu Kudik kepada Ketua Kampung.
Kami juga menggalakkan kanak-kanak untuk menonton video tersebut dan menjelaskan wujudnya Batu Kudik serta kisah disebaliknya. Kanak-kanak menunjukkan reaksi yang positif dan teruja ketika menonton video tersebut.