Nama : Narinisma Robert
Matric No : 84799
Peranan : Media ( Jurugambar/Video )
Peranan saya adalah sebagai jurugambar dan juruvideo. Dalam projek komuniti di Kg Semalatong Simunjan, saya bertanggungjawab sepenuhnya merakam dan mengambil gambar momen-momen penting sepanjang aktiviti dijalankan. Saya memastikan semua aktiviti dirakam dan didokumentasikan dengan jelas dan terperinci, termasuk suasana serta detik-detik penting yang berlaku. Selain bertindak sebagai jurugambar sepanjang projek, saya juga bertanggungjawab mengambil gambar setiap kali ada perjumpaan antara kumpulan atau momen-momen penting perbincangan bersama kumpulan.
Hasil dokumentasi ini sangat berguna dalam menghasilkan bahan visual berkualiti tinggi untuk tujuan laporan serta kandungan digital di laman web. Sumbangan saya memastikan setiap momen penting dirakam dengan berkesan dan dapat dikongsi kepada masyarakat serta pihak berkepentingan dengan lebih profesional. Selain itu, dengan merakam gambar dan video semasa perjumpaan serta perbincangan kumpulan, saya membantu mencipta bahan dokumentasi yang lengkap, yang bukan sahaja berguna untuk laporan tetapi juga sebagai rujukan bagi aktiviti akan datang.
Refleksi Diri Sebagai Media ( Jurugambar/Video )
Sepanjang berperanan sebagai media (jurugambar/video) bagi kumpulan Grentea dalam melaksanakan projek komuniti, pengalaman yang diperoleh amat bermakna. Tugasan ini bukan sahaja memberi peluang kepada saya untuk mengasah kemahiran fotografi, tetapi juga mendidik saya tentang kepentingan merakam detik-detik penting dalam sesuatu program. Saya bertanggungjawab merakam pelbagai aktiviti, interaksi, dan suasana sepanjang projek berlangsung. Walaupun pengalaman ini amat berharga, saya turut menghadapi beberapa cabaran. Antaranya ialah kesukaran mengambil gambar menggunakan telefon bimbit sahaja, yang kadangkala membataskan kualiti gambar, terutama dalam keadaan cahaya rendah. Masalah storan penuh juga sering mengganggu proses pengambilan gambar dan video, memaksa saya memadam fail lama atau memindahkan gambar ke peranti lain bagi memberi ruang.
Selain itu, saya juga belajar untuk lebih peka terhadap persekitaran dan memilih sudut yang sesuai bagi menghasilkan gambar yang berkualiti dan bermakna. Pengalaman bekerja bersama ahli kumpulan turut memperkukuh kemahiran kerjasama serta komunikasi, memandangkan saya perlu memastikan setiap rakaman memenuhi keperluan laporan dan dokumentasi. Tugasan ini menjadikan saya lebih menghargai peranan kecil yang memberi impak besar kepada kejayaan sesuatu projek.
Secara keseluruhannya, walaupun terdapat beberapa kesulitan, tugas sebagai Media memberikan saya perspektif baharu tentang kepentingan dokumentasi visual dalam mengekalkan kenangan serta sebagai rujukan masa depan. Pengalaman ini sememangnya memperkaya perjalanan pembelajaran saya.
Antara gambar yang diambil sepanjang perjumpaan bersama ahli kumpulan serta Pensyarah, Dr. Wan Norizan Binti Wan Hasyim bagi kursus KMK3163 (Pengurusan Projek) untuk sesi bimbingan sebelum projek komuniti dijalankan.