Personal Detail
Nama: Lizawati Rufin
No Matrix: 84352
Peranan: Media (Jurugambar & Juruvideo)
⋆˚✿˖° Peranan dan Sumbangan kepada Projek ⋆˚✿˖°
Peranan saya dalam projek komuniti di Kg. Semalatong, Simunjan adalah sebagai jurugambar dan juruvideo. Saya bertanggungjawab mengambil gambar serta merakam video bagi memastikan setiap aktiviti, momen penting, dan suasana projek didokumentasikan dengan baik. Sepanjang projek, saya fokus untuk merakam detik-detik penting seperti kerjasama antara ahli kumpulan , interaksi dengan penduduk kampung, dan proses pelaksanaan aktiviti. Selain itu, saya turut mengambil gambar semasa sesi perancangan dan perbincangan kumpulan untuk memastikan setiap langkah perjalanan projek direkodkan secara sistematik.
Dokumentasi ini bukan sahaja berfungsi sebagai bahan rujukan laporan akhir projek tetapi juga memberikan nilai visual yang dapat digunakan untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran masyarakat terhadap insiatif yang dilaksanakan. Melalui hasil kerja saya, kumpulan kami dapat menyampaikan cerita lagenda ini dengan lebih kreatif dan menarik. Dengan cara ini, dapat menjadikannya lebih mudah difahami oleh pihak berkepentingan dan masyarakat luar.
°❀⋆.ೃ࿔*:・Gambar Dokumentasi Perancangan ❀⋆.ೃ࿔*:・
。𖦹°‧Gambar Dokumentasi Perjumpaan Pertama bersama Ketua Kg.Semalatong 。𖦹°‧
⋆˚𝜗𝜚˚⋆ Gambar Dokumentasi Semasa Program Berlangsung ⋆˚𝜗𝜚˚⋆
⋆˚✿˖° Refleksi Diri ⋆˚✿˖°
Melaksanakan tugasan project management ini merupakan pengalaman yang sangat bermakna dan telah memperkukuh pemahaman saya terhadap prinsip dan amalan utama dalam bidang ini. Sepanjang proses ini, saya mendapat pendedhan tentang kepentingan perancangan yang tersusun, komunikasi yang berkesan dan kebolehsesuaian dalam memastikan kejayaan sesebuah projek.
Salah satu aspek penting yang saya pelajari ialah kepentingan menetapkan matlamat yang jelas dan pembahagian tugasan secara sistematik. Dengan membahagikan projek kepada tugasan-tugasan yang kecil yang lebih mudah diurus, saya sedar bagaimana pendekatan ini dapat mengurangkan kekeliruan dan memberikan setiap ahli kumpulan hala tuju yang jelas.
Selain itu, saya juga mengalami sendiri bagaimana komunikasi memainkan peranan penting dalam pengurusan projek. Perbincangan dan kemas kini secara berkala bersama ahli kumpulan membantu kami mengenal pasti masalah lebih awal dan membolehkan kami menyelesaikannya bersama. Hal ini dapat mewujudkan persekitaran komunkasi yang terbuka di mana maklum balas dan idea dapat dikongsi dengan bebas.
Akhir sekali, penggunaan alat pengurusan projek seperti Gantt Chart telah memudahkan saya melihat kemajuan projek. Gantt Chart digunakan untuk penjadualan dan platform kolaborasi untuk perbincangan kumpulan. Saya menyedari bagaimana teknologi boleh meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
Secara keseluruhan, tugasan ini telah memperkukuh kemahiran saya dalam pengurusan projek. Pengalaman ini pastinya akan memberi manfaat dalam kerjaya saya pada masa depan.