Nombor Matrik: 84140
Peranan: Ketua Kumpulan
PERANAN DAN SUMBANGAN KEPADA PROJEK
Sebagai sebahagian daripada keperluan kursus, saya telah menyertai sebuah projek berkumpulan untuk mendapatkan pengalaman dalam menerapkan konsep dan teknik pengurusan projek yang dipelajari di kelas kepada cabaran dunia nyata. Tema projek ini ialah "Warisan Digital: Pemuliharaan dan Kelangsungan Cerita Rakyat Tempatan". Kumpulan kami telah memberi tumpuan kepada cerita rakyat Batu Kudik di Kampung Semalatong.
Sebagai Ketua Kumpulan, saya memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakan projek kami. Saya bertanggungjawab dalam Perancangan dan Penyelarasan. Saya berperanan merancang jadual kerja projek dan memastikan semua ahli kumpulan memahami matlamat dan tugasan yang perlu diselesaikan dan menyelaraskan aktiviti kumpulan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan projek. Seterusnya, berfungsi sebagai penghubung antara ahli kumpulan dan komuniti untuk memastikan komunikasi yang jelas dan efektif serta mendorong kerjasama dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan ahli kumpulan. Selain itu, saya juga memantau kemajuan projek dan memastikan setiap tugasan diselesaikan mengikut jadual yang ditetapkan seperti dalam carta gant. Saya juga berperanan dalam membuat keputusan yang strategik berdasarkan maklum balas ahli kumpulan. Di samping itu, saya telah membuat kertas cadangan projek dan mengagihkan tugas dan memastikan setiap ahli melaksanakan tugPeranan ini memberi saya peluang untuk mengasah kemahiran kepimpinan, pengurusan masa, dan penyelesaian masalah, sambil memastikan projek ini berjaya mencapai objektifnya.