"I SEE ME"
Pengenalan Diri
Nama: Nurul Izzah Binti Jama'an
Nombor Matrik: 86899
Peranan: Penyunting Video
Sumbangan dalam Pengurusan Projek
Saya berperanan sebagai penyunting video dalam projek ini, di mana saya menggunakan pelbagai alat teknologi untuk menghasilkan video yang kreatif dan berkualiti tinggi. Tugas saya melibatkan penghasilan imej yang menarik, animasi gambar yang dinamik, serta pembinaan jalan cerita yang teratur dan menyokong tema projek. Kemahiran yang saya gunakan termasuk pemahaman mendalam dalam penyuntingan visual, kreativiti dalam reka bentuk, dan penggunaan perisian yang relevan untuk memastikan aliran cerita yang lancar dan menarik. Melalui pengalaman ini, saya belajar untuk menggabungkan elemen teknologi dan seni bagi menghasilkan karya yang memberikan impak mendalam kepada penonton.
Dokumentasi Projek
Perbincangan bersama ahli kumpulan dan Pensyarah.
Perjumpaan pertama bersama Ketua Kampung Semalatong.
Program SULAM bersama Komuniti di UNIMAS.
14 Disember 2024
Perjumpaan penutupan Projek, menganjurka pertandingan mewarna untuk kanak-kanak di Kampung Semalatong.
Pengelibatan diri dalam kursus KMK3163 Pengurusan Projek memberikan pengalaman bermakna dalam mengurus projek dengan efektif. Melalui tugasan berkumpulan, saya mempelajari kepentingan komunikasi, kerjasama, dan menghormati kepakaran pasukan, di samping mengatasi cabaran seperti perbezaan pendapat dan kekangan masa. Kursus ini memperkukuh kefahaman saya tentang perancangan, pelaksanaan, dan penilaian projek, serta meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah, pengurusan masa, dan membuat keputusan.