Nama: Nur Aqhilah Jalwa Binti Arbain
Nombor Matrik: 85023
Peranan: Setiausaha
Refleksi Sebagai Setiausaha
Sebagai setiausaha untuk Kumpulan Green Tea bagi subjek pengurusan projek, saya telah melalui pelbagai pengalaman yang meluaskan pengetahuan dan kemahiran saya dalam pengurusan projek. Tugas saya merangkumi pelbagai aspek, termasuk menyumbangkan tenaga,usaha dan juga bantuan dari segi kewangan untuk menjayakan projek.
Pengalaman dan Pembelajaran:
Penglibatan dalam Mesyuarat: Saya telah belajar betapa pentingnya penyusunan mesyuarat yang teratur dan berkesan. Menyediakan agenda yang jelas dan memastikan semua ahli kumpulan dimaklumkan tentang tarikh dan masa mesyuarat adalah kunci kepada kelancaran perbincangan. Saya juga sering menyuarakan pendapat pada setiap perbincangan dan membantu Ketua Kumpulan apabila diperlukan. Selain daripada itu, saya juga terlibat dalam membantu Ketua Kumpulan membuat kertas cadangan projek.
Komunikasi Berkesan: Sebagai setiausaha, saya sedar bahawa untuk memastikan komunikasi yang jelas dan tepat antara ahli kumpulan tidak mudah sama sekali tanpa kerjasama sesama ahli kumpulan. Saya sangat bersyukur kerana ahli-ahli kumpulan telah memberikan Kerjasama bagi menjayakan projek Lagenda Batu Kudi.
Pengurusan Masa: Mengurus masa dengan baik adalah aspek penting dalam pengurusan projek. Saya telah belajar untuk mengutamakan tugas dan memastikan semua tugasan diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
Interaksi dengan Wakil Komuniti: Projek ini telah memberi saya peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan wakil komuniti Kg. Sibau Rumbau iaitu Encik Sebli, Ketua Kampung. Saya dapat mendengar pengalaman, kisah Batu Kudi dan juga nasihat-nasihat daripada beliau. Walaupun terdapat perbezaan dari segi bahasa kerana beliau menggunakan campuran Bahasa Iban dan Bahasa Melayu tetapi saya amat teruja menjalankan temubual tersebut.
Peningkatan Kemahiran Komunikasi: Berkomunikasi dengan pelbagai individu memerlukan kemahiran komunikasi yang baik. Saya telah belajar untuk menyampaikan idea dengan jelas dan mendengar dengan teliti pandangan orang lain terutamanya ahli-ahli kumpulan saya. Ini membantu dalam membina hubungan yang lebih baik dengan mereka dan memberi ruang selesa kepada mereka untuk menyuarakan pendapat. Seterusnya, semasa sesi perjumpaan kedua bersama komuniti, saya dapat berkomunikasi bersama kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna dan menjadi juruacara bagi sesi penyampaian hadiah.
Kesimpulan:
Secara keseluruhan, pengalaman sebagai setiausaha dalam subjek pengurusan projek telah memberikan saya banyak peluang untuk berkembang dan belajar. Saya telah memperbaiki kemahiran organisasi, komunikasi, dan pengurusan masa saya. Pengalaman ini akan menjadi panduan untuk kerjaya saya pada masa hadapan.
Sesi bergambar dengan ketua kampung selepas selesai perjumpaan sesi pertama
Sesi bercerita dan temubual
Juruacara pada sesi penyampaian hadiah
Aktiviti mewarna
Kanak-kanak berusaha menyiapkan hasil karya mewarna mereka
Perjumpaan bersama pensyarah Dr. Wan Norizan untuk memaklumkan perkembangan
Aktiviti mewarna
Sesi perjumpaan terakhir bersama komuniti telah selesai
Perjumpaan dalam kelas bersama Dr. Wan Norizan