👩💼 Tetamu Jemputan:
Dr. Suginam S.E., M.Ak
Universitas Harapan Medan (UNHAR)
🎤 Host:
Dr. Rashdan Rashid
Kupasan ini akan membawa anda memahami bagaimana pengurusan sisa bukan sahaja memberi impak kepada alam sekitar, malah membuka peluang perniagaan yang berpotensi tinggi.
AKTIVITI IFTAR (BERBUKA PUASA)
BERKONSEPKAN LEAN MANAGEMENT & SDG
1.0 PENGENALAN
Program Iftar Ramadan 5–23 Ramadan 1447H (23/02/2026 – 13/03/2026) di Pusat Islam Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dilaksanakan menggunakan pendekatan Lean Management dan menyokong Sustainable Development Goals (SDG). Program ini bertujuan meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan pembaziran serta menyokong kelestarian alam sekitar. Program berlangsung selama 19 hari (5 – 23 Ramadan 1447H) dan menekankan konsep kebersamaan, pengurusan sumber yang optimum serta kelestarian alam sekitar
2.0 OBJEKTIF PROGRAM
a. Mengurangkan pembaziran makanan melalui sistem pendaftaran dan unjuran kehadiran.
b. Mengurangkan kos operasi melalui penggunaan talam berbanding pinggan individu.
c. Mengurus sisa makanan secara lestari melalui penghasilan baja kompos.
d. Mengukuhkan budaya gotong-royong dan nilai kebersamaan.
e. Menyokong pelaksanaan SDG di peringkat institusi.
3.0 KONSEP LEAN YANG DILAKSANAKAN
a. Penggunaan talam (perkongsian hidangan) bagi mengurangkan penggunaan pinggan dan air.
b. Kompos sisa makanan – waste to value.
c. Gotong-royong penyediaan makanan – pengoptimuman sumber manusia.
d. Pendaftaran peserta – konsep Just In Time bagi mengelakkan overproduction.
Sehubungan itu, pendekatan Lean diaplikasikan bagi menghapuskan 7 pembaziran (7 Wastes - Muda) seperti:
a. Overproduction (penyediaan makanan berlebihan)
b. Excess Processing (pencucian berlebihan)
c. Inventory (stok makanan tidak terkawal)
d. Waste (sisa makanan)