CHANGLUN, 11 April 2026 – Kejohanan Silat Kebangsaan Piala Sriwangsa 2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 hingga 11 April 2026 di Kompleks C-Mart Changlun, Kedah Darul Aman telah melabuhkan tirainya dengan penuh kejayaan dan kemeriahan.
Kejohanan yang julung kali dianjurkan itu berjaya menghimpunkan ratusan pesilat dari pelbagai negeri, sekolah, institusi pengajian tinggi, akademi serta pertubuhan silat dari seluruh negara bagi merebut kejuaraan dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan.
Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta telah mempamerkan semangat juang yang tinggi, disiplin serta kemahiran persilatan yang membanggakan. Pertandingan yang berlangsung dalam suasana harmoni dan profesional itu turut mendapat sambutan hangat daripada ibu bapa, jurulatih, penyokong serta masyarakat setempat yang hadir memberikan sokongan kepada para pesilat.
Pengerusi penganjur berkata, kejohanan ini bukan sahaja bertujuan mencari juara, malah menjadi platform penting dalam usaha memartabatkan seni silat sebagai warisan bangsa serta melahirkan lebih ramai atlet berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
"Kami amat berpuas hati dengan sambutan yang diterima. Kejohanan ini telah mencapai objektif untuk menyatukan warga persilatan dari seluruh negara serta membuka ruang kepada bakat-bakat baharu menunjukkan kemampuan mereka," katanya.
Selain acara pertandingan, kejohanan turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan termasuk pameran persilatan, jualan produk usahawan tempatan serta sesi pertukaran ilmu antara jurulatih dan penggiat seni bela diri dari pelbagai aliran.
Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pasukan teknikal, pegawai pertandingan, sukarelawan serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan penganjuran Kejohanan Silat Kebangsaan Piala Sriwangsa 2026.
Kejayaan penganjuran edisi pertama ini dijangka menjadi asas kukuh untuk menjadikan Kejohanan Silat Kebangsaan Piala Sriwangsa sebagai acara tahunan yang berprestij dalam kalendar persilatan negara.
Dengan berakhirnya kejohanan ini, para pemenang membawa pulang pingat, trofi dan pengalaman berharga, manakala semua peserta pulang dengan semangat persaudaraan serta azam untuk terus mengangkat martabat seni silat Melayu ke persada yang lebih tinggi.
PERSEMBAHAN SILAT GAYONG PATANI TOKPA DI KARNIVAL PERSEMBAHAN SENI SILAT DAERAH KUBANG PASU
Team sriwangsa merupakan pasukan persembahan yang ditubuhkan oleh PSSGPTNK untuk membuat persembahan diserata negeri kedah mahupun jemputan luar negeri dan luar negara.
WARIS UTAMA TOKPA UTAMA SILAT GAYONG PATANI TOKPA.
PUAN ZAITON BINTI MUSTAFA MERUPA ANAK PEREMPUAN SULONG YANG MASIH MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA SILAT GAYONG PATANI TOKPA NEGERI KEDAH, INILAH WAJAH PEWARIS MUTLAK YANG BERSAMA-SAMA MEMELIHARA WARIS SILAT GAYONG PATANI TOKPA INI.
KARNIVAL PERSEMBAHAN SENI SILAT PERINGKAT DAERAH KUBANG PASU ANJURAN PERTUBUHAN SENI SILAT GAYONG PATANI TOKPA NEGERI KEDAH.
PERTUBUHAN SENI SILAT GAYONG PATANI TOKPA NEGERI KEDAH, AKAN SETIASA MENGANJURKAN PROGRAM, PERTANDINGAN, KEMANTAPAN LATIHAN UNTUK MEMBANTU SEMUA PELAJAR BERJAYA DALAM SILAT, KERANA SILAT ADALAH SATU PERLUANG KERJAYAAN DAN WARISAN YANG DAPAT DITERUSKAN.
PAMERAN DAN PENERANGAN SENJATA MELAYU DARIPADA CIKGU FARHAN SEMPENA KARNIVAL PERSEMBAHAN SENI SILAT PERINGKAT NEGERI KEDAH.
PSSGPTNK Terlibat dalam sukan silat seni dan silat olahraga di peringkat daerah,negeri, kebangsaan dan antarabangsa
pada tahun 1635 Ratu Ungu mangkat di kenali dengan nama Marhum Pahang. Digantikan anakanda dari perkahwinan dengan Sultan Abdul Ghafur Pahang - bernama Ratu Kuning.
Pada tahun 1635 Ratu Kuning memerintah kerajaan Patani.
Tahun 1632 Ratu Kuning bersuamikan Yang Di Pertuan Muda Johor, adinda bongsu kepada Sultan Abdul Jalil Shah III.
Pada tahun 1651 Ratu Kuning turun takhta. Baginda berangkat dengan para pengiringnya ke negeri suaminya - Johor. Di tengah pelayaran di laut. Baginda jatuh sakit gering dan di daratkan di Kota Pangkalan Datu. Beberapa bulan kemudian, baginda mangkat dan di kebumikan di kampung Panchor, Kemumin. Makam baginda di kanali dengan nama makam "Nang Cayang".
Gelanggang latihan (pusat) taman jelutong changlun kedah merupakan gelanggang pusat latihan pertama yang beroperasi menjalankan aktiviti silat gayong patani tokpa.