Seberang Perai, Pulau Pinang – Pasukan Silat Gayong Patani Tokpa sekali lagi membuktikan keunggulan mereka apabila mencatat pencapaian membanggakan di Kejuaraan Silat Kebangsaan Piala PMX 2025 yang berlangsung di Politeknik Seberang Perai dari 16 hingga 20 September 2025.
Pasukan yang diketuai oleh Cikgu Hisyam ini berjaya membawa pulang 1 pingat emas, 4 pingat perak dan 5 pingat gangsa dalam kategori Silat Olahraga, menewaskan beberapa pasukan handalan dari seluruh negara.
Turut mengiringi kejayaan pasukan ini ialah Cikgu Sharul Nizam, Raja Leen, Cikgu Megat dan Nor Shahira selaku tenaga jurulatih dan pembimbing utama yang memainkan peranan penting dalam mempersiapkan 18 atlet terdiri daripada 10 lelaki dan 8 perempuan.
Menurut Cikgu Hisyam, penyertaan kali ini bukan sahaja bertujuan mengumpul pengalaman dan menguji kemampuan pelatih muda, tetapi juga untuk mengharumkan nama Pertubuhan Seni Silat Gayong Patani Tokpa Negeri Kedah di persada kebangsaan.
Kejayaan ini diharap dapat menyuntik semangat kepada generasi muda Gayong Patani untuk terus mengembangkan seni warisan Melayu di arena tempur dan memperkukuh ukhwah antara gelanggang di seluruh Malaysia.
PERTUBUHAN SENI SILAT GAYONG PATANI TOKPA NEGERI KEDAH MENGAMBIL BAHAGIAN DAN BERJAYA MEMBAWA PULANG 1PINGAT EMAS
Antara persembahan seni silat gayong patani tokpa di majlis kenduri perkahwinan, yang mana disembahkan persembahan mengikut aliran gayong tokpa, gayong patani tokpa juga mendapat sambutan kenduri perkahwinan dan pertandingan di sekitar negeri kedah mahupun di luar pada kedah.
Gayong patani tokpa juga mendapat permintaan daripada luar daripada malaysia termasuk singapore,thailand,indonesia dan germany dll.
festival silat melayu patani ini dianjurkan oleh pertubuhan seni silat gayong patani tokpa negeri kedah bermula pada 24hb2 hingga 26hb2 dengan adanya pertandingan silat seni dan hari kedua persembahan semua perguruan silat yang hadir daripada kedah,perlis,johor dan thailand.
Gelanggang kampung bukit adalah diantara gelanggang terawal yang diusaha oleh tuan guru utama Allahyarham mustafa bin saad dan kini di pertahankan oleh guru kanan perguruan ini tuan guru cikgu awang.