Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat keizinan-Nya sepanjang tahun 2024, kita telah berjaya mendepani dan mengharungi pelbagal cabaran yang datang. Kejayaan demi kejayaan yang menjadi catatan sejarah manis sepanjang tahun 2024 seyogianya menjadi platform yang mampu menyuntik semangat untuk terus menggapai kecemerlangan. Justeru, pada tahun 2025 ini, warga Kolei Vokasional Taiping perlu bersedia melaksanakan tanggungjawab dengan lebih efisien dalam mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang disasarkan di samping memperkasakan TVET sebagai menyahut agenda negara ke arah melahirkan lebih ramai graduan kolej vokasional yang berkemahiran tinggi.
Akhir kalam, saya amat mengharapkan komitmen menyeluruh dan kerjasama yang padu daripada warga Kolei Vokasional Taiping dalam melahirkan modal insan TVET yang berkualiti selaras dengan Visi dan Misi yang dihasratkan oleh BPLTV. Kemenjadian graduan Kokej vokasional perlu menjadi fokus utama agar graduan boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dalam menerajui pembangunan negara.