SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KV TAIPING
Program Perantis Vokasional McDonald’s mula dilaksanakan pada tahun 2018 dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia, berdasarkan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) iaitu kaedah latihan berlandaskan industri. Selepas memperoleh SKM Tahap 3, para pelajar boleh menyambung pengajian ke DKM Tahap 4 yang setara dengan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dan diploma di institut-institut pengajian tinggi lain.
“Menyediakan peluang pendidikan dan kerjaya kepada golongan belia yang berminat merupakan sebahagian daripada teras syarikat dalam mewujudkan impak positif dalam masyarakat. Malah, sejak Program Perantis Vokasional McDonald’s diperkenalkan, 95 peratus perantis memilih untuk terus mengembangkan kerjaya di McDonald’s dan ramai antara mereka telahpun memegang jawatan penting di restoran. Dengan kesungguhan mereka, pasti lebih banyak pencapaian bakal mereka perolehi pada masa depan dan secara tidak langsung menyumbang kepada perkhidmatan berkualiti dan kejayaan berterusan McDonald’s Malaysia,”. Perantis SLDN KV Taiping diambil pada tahun 2023 seramai 15 orang yang ditempatkan di tiga buah MCD sekitar Taiping iaitu MCD Taman Tasik, MCD Taiping Sentral dan MCD simpang.
Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) merupakan satu pelan induk TVET negara bagi memantapkan lagi sistem pendidikan vokasional yang dimulakan sejak 2013 sehingga 2020, di mana berlakunya penstrukturan semula sekolah menengah vokasional dan sekolah menengah teknik kepada Kolej Vokasional (KV). Langkah ini di ambil bagi menyokong agenda transformasi ekonomi negara dalam menghasilkan tenaga kerja mahir yang kompeten. TPV telah mengubah persepsi masyarakat yang beranggapan pendidikan vokasional sebagai pendidikan kelas kedua dan menjadikannya setaraf dengan aliran perdana.
KV menggunakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) di mana ia mengutamakan pembelajaran secara praktikal (hands-on) berbanding teori. Kini, terdapat 87 buah KV menawarkan pengajian dalam pelbagai program vokasional di peringkat SVM dan DVM. Pengiktirafan SVM oleh Lembaga Peperiksaan (LP) adalah setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lulusan SVM juga akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3.
Kolej Vokasional Taiping menawarkan 9 buah program seperti berikut
Bagi mereka yang memenuhi syarat, pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat DVM. Proses akreditasi program DVM dilaksanakan oleh Malaysia Qualifications Agency (MQA) dan Malaysia Board of Technologists (MBOT). Graduan DVM akan berpeluang menjadi tenaga kerja mahir yang kompeten, menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi dan menjadi usahawan dalam bidang. Berikut merupakan program yang ditawarkan dan akreditasi yang diperolehi;