TARIKH : 12 - 13 MAC 2024
SASARAN : SEMUA MURID
Mobile Lab dengan kerjasama MAIWP dan DANA KITA sempena Minggu Pertama Persekolahan Sesi 2024/2025..
Terima kasih tidak terhingga diucapkan kpd semua pihak terutama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Dana Kita..
Sempena Minggu Keriangan SK Tiara Permai, pihak sekolah dengan berbesar hati telah menjemput pihak Mobile Lab untuk membuat pengisian kepada semua murid. Semoga minat membaca dapat diterapkan ke dalam diri semua murid di SK Tiara Permai.
TARIKH : 4 APRIL 2024
SASARAN : SEMUA MURID DAN GURU ISLAM
World Quran Hour peringkat SK Tiara Permai Tahun 2024..
Terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini..
#WorldQuranHour #SurahAlJumu'ah #SKTiaraPermai
TARIKH : 23 APRIL 2024
MASA : 12.00 TENGAH HARI
SASARAN : SEMUA WARGA SK TIARA PERMAI
Satu program bacaan serentak selama 10 minit yang telah dijalankan serentak seluruh Malaysia termasuklah di SK Tiara Permai. Semua murid digalakkan membawa bahan bacaan sendiri dari rumah dan membuat bacaan di dalam kelas masing-masing.
#JomBaca #BangsaMembaca #SKTPmembaca
TARIKH : 13 JUN 2024
MASA : 10.00 PAGI
SASARAN : WAKIL 4 ORANG MURID TAHAP 2 DARI SETIAP KELAS
Satu bengkel penulisan kreatif bersama penulis (Diari Geng Syaitan dan We’re Not Naughty), En. Ahmad Sidqi (Diq Danial) telah diadakan. Bengkel ini melibatkan 4 orang murid tahap 2 yang mewakil kelas masing-masing. Pelbagai ilmu dan kaedah bagi menghasil kan karya penulisan telah dikongsi bersama murid-murid. Semoga minat menulis dapat diterapkan ke dalam diri murid-murid di SK Tiara Permai.
TARIKH : 20 OGOS 2024
MASA : 9.00 PAGI
SASARAN : WAKIL DARI SETIAP KELAS
Satu program pidato selama 3 minit telah dijalankan di dalam kelas masing-masing secara serentak. Program ini diadakan bagi mencatat sejarah di dalam Guinness Book of Record sebagai Largest Students Participation in A 'Pidato' Session. Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan murid yang terlibat.
TARIKH : 1 OKTOBER 2024
MASA : 8.00 PAGI
SASARAN : SEMUA MURID
Seperti kebiasaan pada tahun-tahun sebelum ini, bulan Oktober merupakan Bulan Membaca peringkat sekolah. Pada 1 Oktober yang lalu, SK Tiara Permai telah mengadakan Perasmian Bulan Membaca Tahun 2024. Pelbagai aktiviti telah disediakan bagi memeriahkan Bulan Membaca ini.
TARIKH : 1 OKTOBER 2024
MASA : 8.30 PAGI
SASARAN : SEMUA MURID
Terima kasih diucapkan kepada pihak ASUH kerana sudi hadir ke SK Tiara Permai bagi menjalankan program NILAM bersama murid-murid dan warga sekolah. Pelbagai info mengenai NILAM dan bacaan yang diperolehi murid-murid.
Jualan buku dari pihak ASUH dan Galeri Ilmu juga telah dijalankan dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dari semua warga sekolah. Tahniah dan terima kasih.
TARIKH : 29 - 30 OKTOBER 2024
MASA : REHAT TAHAP 1 DAN 2
SASARAN : SEMUA MURID DAN GURU
Pada 29 dan 30 Oktober yang lalu, Pusat Sumber SK Tiara Permai telah mengadakan jualan barang-barang terpakai. Jualan ini diadakan di dalam Pusat Sumber pada waktu rehat tahap 1 dan tahap 2 sahaja. Semua barang jualan telah disumbangkan oleh ibu bapa dan guru-guru SK Tiara Permai. Duit jualan akan digunakan untuk menaiktaraf prasarana di Pusat Sumber sekolah bagi keselesaan murid-murid SK Tiara Permai.
TARIKH : 24 OKTOBER 2024
MASA : 8.30 PAGI
SASARAN : WAKIL SETIAP KELAS
Bagi meningkatkan keyakinan murid untuk berada di hadapan khalayak ramai, Pusat Sumber sekolah telah mengadakan Pertandingan Bicara Buku kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi murid-murid tahun 1 hingga tahun 6. Murid-murid perlu memilih 1 buah buku kegemaran dan mengulas mengenai buku tersebut dari segi latar belakang buku tersebut dan sebab serta apa nilai yang mereka perolehi setelah membaca buku tersebut.
TARIKH : SEPANJANG OKTOBER 2024
MASA : RUMAH MASING-MASING
SASARAN : SEMUA MURID
Pada tahun ini, Pusat Sumber SK Tiara Permai telah mengadakan Pertandingan Poster Motivasi secara digital. Ini bagi meningkatkan kemahiran digital di dalam diri murid-murid. Tema poster tersebut adalah :Nadi Ilmu Amalan Membaca" sesuai dengan Bulan Membaca peringkat sekolah.
TARIKH : 14 - 21 OKTOBER 2024
MASA : 8.30 PAGI
SASARAN : SEMUA MURID
Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat. Peringkat pertama, murid yang berminat untuk menyertai akan diberikan sehelai gambar kasut. Murid perlu menghias kasut tersebut di atas kertas terlebih dahulu. Murid-murid yang terpilih seramai 20 orang yang menghias mengikut tema yang telah ditetapkan iaitu "Membaca Dimana-mana", telah ke peringkat kedua yang telah diadakan di Pusat Sumber sekolah.
TARIKH : SEPANJANG OKTOBER 2024
MASA : DI DALAM KELAS
SASARAN : SEMUA MURID PRASEKOLAH
Minat membaca perlu dipupuk dari kecil lagi. Justeru itu, Pusat Sumber sekolah telah melibatkan prasekolah juga di dalam pertandingan yang diadakan. Di dalam kumpulan seramai 5 orang, murid-murid prasekolah telah menghasilkan sebuah "Big Book" ataupun Buku Besar mengikut kreativiti masing-masing. Ini secara tidak langsung dapat memupuk minat membaca dan semangat kerjasama antara murid prasekolah.
TARIKH : 8 NOVEMBER 2024
MASA : 8.00 PAGI
SASARAN : SEMUA MURID
Setelah berakhirnya semua program dan pertandingan sepanjang Bulan Membaca peringkat sekolah, satu majlis penutup telah diadakan bagi menghargai penyertaan semua murid dan pencapaian mereka di dalam setiap pertandingan. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar sendiri, En Nazeri Bin Mohamad Nor.