TARIKH : 31 MAC 2022
MASA : 8.00 MALAM
TEMPAT : ATAS TALIAN (YOUTUBE)
PAUTAN YOUTUBE : https://www.youtube.com/watch?v=nhKqiVIYOYI
Pertandingan ini telah dijalankan sepanjang cuti akhir penggal 2021/2022. Tahniah diucapkan kepada pemenang yang telah berjaya.
TARIKH : 21APRIL 2022 (KHAMIS)
MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : KELAS MASING-MASING
Pada 21 April 2022 yang lalu, seramai 43 orang guru dan AKP serta 493 orang murid SK Tiara Permai telah terlibat dalam program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit yang dijalankan serentak di seluruh negeri.
Penyertaan warga sekolah pada hari ini akan melayakkan mereka memperolehi sijil penyertaan di peringkat negeri. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.
#TeruskanMembaca #NadiIlmuAmalanMembaca #ILoveReading #10MinitMembaca
World Quran Hour SK Tiara Permai Tahun 2022 telah disertai oleh 4 orang guru dan AKP serta 36 orang murid yang terpilih. Semua peserta akan mendapat sijil penyertaan secara digital di peringkat negeri. Tahniah diucapkan..
TARIKH : 26 APRIL 2022 / 24 RAMADAN 1443H (SELASA)
MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : KUTUB KHANAH SK TIARA PERMAI
TARIKH : 3 OKTOBER 2022
MASA : 7.40 PAGI
TEMPAT : LAMAN PERMAI
Gimik pelancaran oleh murid 5 Bijak di bawah bimbingan Ustazah Farah Wahida
Perasmian Bulan Membaca SK Tiara Permai tahun 2022 telah dirasmikan oleh Puan Safiah Bt Mohamad Wardi, Guru Besar SK Tiara Permai. Gimik yang sangat menarik telah dibuat oleh murid-murid tahun 5 Bijak di bawah bimbingan Ustazah Farah.
Kutub Khanah SK Tiara Permai dengan kerjasama MAIWP dan Pertubuhan Dana Kita telah menjalankan satu program dinamakan Mobile Lab dimana murid-murid merasai sendiri pengalaman menggunakan komputer riba untuk mencari bahan dan membaca buku yang terdapat di dalam perpustakaan bergerak yang disediakan.
TARIKH : 4 OKTOBER 2022
MASA : 8.00 PAGI - 1.10 PETANG
TEMPAT : LOBI SK TIARA PERMAI
TARIKH : 24 - 28 OKTOBER 2022
MASA : MENGIKUT JADUAL GILIRAN
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER
Di bawah kendalian Cikgu Normala dan Cikgu Hidayah, satu program Celik Nilam telah diadakan di mana murid-murid di ajar cara untuk mengisi data bacaan Nilam masing-masing melalui Google Form yang telah disediakan.
Sepanjang Bulan Membaca iaitu bulan Oktober, murid yang meminjam buku di Kutub Khanah SK Tiara Permai akan diberikan sehelai kertas untuk setiap buku yang dipinjam. Pemenang diambil berdasarkan bilangan jumlah kertas yang diperolehi.
TARIKH : SEPANJANG OKTOBER
MASA : REHAT DAN BALIK
TEMPAT : KUTUB KHANAH SK TIARA PERMAI
TARIKH : SEPANJANG OKTOBER
MASA : SEPANJANG HARI
TEMPAT : DI SEKOLAH / DI RUMAH
Sepanjang Bulan Membaca, seorang pembaca terbanyak di ambil berdasarkan data pengisian NILAM menggunakan Google Form yang disediakan.
Murid prasekolah menjalankan aktiviti ini bersama guru pra masing-masing iaitu Cikgu Fazira dan Cikgu Amira. Murid diminta menyampaikan satu cerita dengan gaya dan intonasi masing-masing. Seorang pemenang dipilih dari setiap kelas dan seorang murid membuat persembahan semasa majlis penutup Bulan Membaca.
TARIKH : SEPANJANG OKTOBER
MASA : MENGIKUT KESESUAIAN
TEMPAT : PRASEKOLAH SK TIARA PERMAI
VIDEO PERSEMBAHAN PEMENANG PERTANDINGAN BERCERITA (PRASEKOLAH) SEMPENA BULAN MEMBACA SK TIARA PERMAI
TARIKH : 2 NOVEMBER 2022
MASA : 7.40 PAGI
TEMPAT : LAMAN PERMAI
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah dijalankan bagi meraikan penglibatan murid-murid dalam semua pertandingan yang telah diadakan sepanjang Bulan Membaca peringkat SK Tiara Permai tahun 2022.