Reunion on the Greens 2026 (ROG2026) merupakan kejohanan golf yang dianjurkan bersempena dengan Lima Dekad Keunggulan Kolej Tun Dr Ismail (LEGASI50). Program ini akan berlangsung pada 21 Jun 2026 (Ahad). Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan jalinan ukhwah antara Alumni UPM, komuniti, pihak pengurusan KTDI dan pelajar. Melalui program ini juga ianya dapat menjadi platform bagi Majlis Perwakilan Kolej KTDI untuk berkongsi perancangan aktiviti/program yang akan dijalankan ke arah penglibatan serta membentuk jalinan kerjasama bersama Alumni.
Sasaran Penyertaan: Alumni dan Komuniti
Yuran Penyertaan: RM 300.00
Hamdan Cup 2026 (HC2026) diadakan bersempena Lima Dekad Keunggulan Kolej Tun Dr Ismail (LEGASI50). Program ini merupakan kejohanan ragbi anjuran Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tun Dr Ismail Sesi 2025/2026 dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni dan Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia, UPM. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan jalinan ukhwah antara Alumni UPM, pihak pengurusan KTDI dan pelajar. Melalui program ini juga ianya dapat menjadi platform bagi Majlis Perwakilan Kolej KTDI untuk berkongsi perancangan aktiviti/program yang akan dijalankan ke arah penglibatan serta membentuk jalinan kerjasama bersama Alumni.
Sasaran Penyertaan: Alumni UPM
Yuran Penyertaan: RM 600.00 per Pasukan
Malam Memori LEGASI50 (MML50) merupakan majlis makan malam alumni yang dianjurkan bersempena dengan Lima Dekad Keunggulan Kolej Tun Dr Ismail (LEGASI50). Program ini akan berlangsung pada 20 Jun 2026 (Sabtu) di Dataran Melur, Kolej Tun Dr Ismail, Universiti Putra Malaysia.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk menghimpunkan serta menghargai para alumni KTDI dan K5 yang telah menyumbang jasa dan bakti kepada pembangunan kolej sama ada dari aspek kepimpinan, akademik, kokurikulum mahupun kerjaya profesional. Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara alumni, pihak pengurusan kolej dan warga KTDI serta memperkukuhkan semangat kekitaan dalam kalangan komuniti kolej.
Sasaran Penyertaan: Alumni Kolej Tun Dr Ismail, Universiti Putra Malaysia
Program Jejak Tokoh (Forum) dan Perasmian Pelancaran Lima Dekad Keunggulan Kolej Tun Dr Ismail (LEGASI50) merupakan inisiatif strategik dalam pembangunan sahsiah, kepimpinan dan inspirasi pelajar melalui perkongsian pengalaman tokoh berwibawa. Program ini bertujuan membentuk jati diri mahasiswa serta memupuk aspirasi kecemerlangan dalam akademik, kepimpinan dan kehidupan profesional. Forum ini turut digabungkan dengan Peramian Pelancaran Lima Dekad Keunggulan Kolej Tun Dr Ismail, satu inisiatif yang bertujuan memperkukuh warisan kecemerlangan kolej, mempererat jaringan alumni, serta memperkasa budaya kecemerlangan dan kepimpinan dalam kalangan warga KTDI. Pelancaran program ini melambangkan kesinambungan legasi kepimpinan, nilai teras kolej dan komitmen terhadap pembangunan generasi pelajar masa depan.
Sasaran Penyertaan: Terbuka kepada seluruh warga UPM, Alumni, Sekolah, Kolej Universiti dan Komuniti yang menggunakan nama Tun Dr Ismail
Langkah Warisan Tun Dr Ismail ialah program fun walk yang dianjurkan bagi menghargai ketokohan dan sumbangan Tun Dr Ismail sebagai negarawan negara. Program ini menghimpunkan pelajar, alumni, warga Universiti Putra Malaysia (UPM) serta masyarakat umum dalam suasana santai dan sihat, sambil memupuk interaksi sosial dan semangat kebersamaan komuniti. Program ini akan berlangsung pada 20 Jun 2026 (Sabtu).
Sasaran Penyertaan : Terbuka kepada semua
Yuran Penyertaan: RM 30.00
Kepulangan Sang Lagenda LEGASI50 merupakan kemuncak kepada rangkaian program yang meraikan sejarah, pencapaian dan sumbangan warga kolej sejak penubuhannya. Majlis ini diadakan bagi menghimpunkan kembali warga alumni dan tokoh-tokoh lagenda KTDI sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mereka dalam membina legasi kecemerlangan, selain menyemarakkan semangat kebersamaan merentas generasi dan sekaligus menutup tirai sambutan jubli emas dengan penuh makna.
Sasaran Penyertaan: Alumni KTDI