PODCAST LEGASI50 KTDI: SEJARAH PENAMAAN KOLEJ TUN DR ISMAIL merupakan sebuah program bual bicara eksklusif yang diadakan sempena Sambutan Jubli Emas Kolej Tun Dr Ismail. Program ini bertujuan untuk mengupas dan menelusuri rentetan sejarah serta asal-usul di sebalik penamaan kolej kediaman ini yang mengambil sempena nama tokoh negarawan ulung, Tun Dr Ismail. Pengisian podcast ini bakal mengangkat nilai integriti, kepimpinan, dan jasa bakti beliau bagi menyuntik inspirasi serta jati diri yang tinggi dalam kalangan warga kampus. Melalui platform digital ini, para penonton bukan sahaja dapat memperkayakan ilmu pengetahuan tentang warisan sejarah kolej, malah dapat memperkukuh rasa cinta dan bangga terhadap identiti Kolej Tun Dr Ismail yang kini mencecah lima dekad keunggulan. Aktiviti ini diharap dapat menjadi wadah perkongsian ilmu yang santai namun berimpak tinggi dalam melahirkan warga universiti yang menghargai sejarah dan kepimpinan negara.
Moderator: Prof. Madya Dr. Nurul Hayah Khairuddin
Panel Podcast: Dato' Dr. Idris Abdol
LEGASI50: Lensa Warisan Negarawan merupakan pertandingan menghasilkan video kreatif dan syair tentang perjuangan, pengorbanan dan jasa Tun Dr Ismail. Program ini dilaksanakan sebagai satu usaha memupuk semangat patriotisme serta meningkatkan kesedaran terhadap sumbangan tokoh negara melalui pendekatan digital yang kreatif dan bersesuaian dengan minat generasi muda. Melalui pertandingan ini, para peserta diminta untuk menghasilkan video yang kreatif dan berinformasi berkaitan nilai kepimpinan, perjuangan serta jasa Tun Dr Ismail dalam pembangunan negara. Program ini bukan sahaja dapat mengasah kemahiran komunikasi dan pemikiran kreatif pelajar, malah turut berperanan sebagai platform untuk menyemai jati diri, rasa cinta akan negara serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga Kolej Tun Dr Ismail.
Sasaran Penyertaan: Pelajar Institut Pengajian Tinggi
LEGASI50: Kudrat Jiwa KTDI merupakan majlis bacaan Surah Yasin dan doa selamat bersempena Sambutan Jubli Emas Kolej Tun Dr Ismail sebagai tanda kesyukuran atas pencapaian institusi sepanjang lima dekad penubuhannya. Program ini bertujuan menghadiahkan pahala bacaan kepada arwah-arwah yang telah pergi serta memohon rahmat dan keberkatan Allah SWT agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Di samping itu, LEGASI50: Kudrat Jiwa KTDI turut menjadi medium kerohanian bagi memohon kelancaran dan keberkatan sepanjang pelaksanaan Program Jubli Emas Kolej Tun Dr Ismail Ke-50 agar segala perancangan dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Sasaran penyertaan : Terbuka kepada semua warga KTDI dan Alumni KTDI
LEGASI50: Fiesta Seni Rasa KTDI (SERASA) merupakan sebuah karnival jualan yang dianjurkan sempena Lima Dekad Keunggulan Kolej Tun Dr Ismail (LEGASI50). Program ini bertujuan memeriahkan suasana kolej melalui aktiviti keusahawanan berkonsepkan gerai makanan dan kraf tangan, di samping menggalakkan penglibatan warga universiti, alumni serta komuniti luar. Penganjuran program ini selari dengan aspirasi True North UPM dalam pemerkasaan industri, dengan memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari cara operasi perniagaan sebenar, menilai strategi promosi dan pengurusan jualan sekali gus memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar. Melalui penyediaan platform kepada peniaga dan usahawan kecil untuk mempromosikan serta menjual produk, program ini bukan sahaja merancakkan aktiviti ekonomi berskala kecil malah menjana sumber kewangan tambahan bagi menampung kos pelaksanaan program, di samping menyediakan platform kepada pelajar untuk berkenalan, membina jaringan profesional serta menjalin hubungan kerjasama dengan pihak industri.
Sasaran: Warga UPM, alumni dan komuniti sekitar UPM
LEGASI50: Misi Setitis Darah merupakan program derma darah dan pemeriksaan kesihatan yang dianjurkan bersempena Sambutan Jubli Emas Kolej Tun Dr Ismail sebagai salah satu inisiatif kebajikan dan khidmat komuniti kepada masyarakat. Program ini bertujuan untuk membantu menambah bekalan darah di hospital serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga kampus tentang kepentingan pendermaan darah dan penjagaan kesihatan secara berkala. Selain itu, program ini turut menyediakan saringan kesihatan bagi memberi peluang kepada peserta memantau tahap kesihatan diri secara awal. Program ini juga menjadi platform untuk menyemai semangat prihatin, sukarelawan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan warga KTDI selaras dengan semangat Jubli Emas yang menekankan legasi bakti dan kecemerlangan institusi.
Sasaran penyertaan : Terbuka kepada semua warga KTDI, alumni KTDI dan semua pengunjung
LEGASI50: Sayembara Pantun Jiwa Warisan (SAJIWA) 2026 merupakan sebuah program yang diadakan sempena Jubli Emas Kolej Tun Dr Ismail. Pertandingan ini berkonsepkan seni warisan Melayu yang mengangkat nilai budaya, adab dan jati diri bangsa di samping meneladani ketokohan serta kepimpinan Tun Dr Ismail sebagai tokoh negarawan yang berintegriti dan berwibawa. Program ini dianjurkan bagi menyemarakkan semangat cintakan budaya tradisional pantun dalam kalangan mahasiswa serta memperkukuh penghayatan terhadap nilai kepimpinan dan semangat patriotisme. Melalui pertandingan ini, pelajar bukan sahaja berpeluang memperlihatkan bakat dan kreativiti dalam berpantun, tetapi juga dapat memperkukuhkan lagi kemahiran insan yang seperti komunikasi, kerja berpasukan dan pemikiran kritis. Aktiviti ini diharap dapat menjadi platform intelek yang menyeronokkan serta dapat menghidupkan suasana kampus yang berilmu dan berbudaya.
Sasaran : Terbuka kepada semua kolej di Universiti Putra Malaysia
Yuran: RM 130.00/kumpulan