Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Konsep program ini hampir sama seperti Neighbourhood Watch seperti yang diamalkan di United Kingdom.
Rukun Tetangga telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1975 asalnya untuk menjamin keselamatan penduduk setempat . Satu akta yang dikenali sebagai Peraturan Rukun Tetangga 1975 (P.U. (A) 279/75) telah diluluskan untuk memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada pertubuhan tersebut.
Pada 1984, fokus pertubuhan ini bertukar kepada merapatkan hubungan di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kemudian pada 2001, fokus program ini sekali lagi bertukar kepada fokus sekarang, iaitu pembangunan masyarakat setempat.
Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut dan sekarang ini telah dicabangkan dan diberi pengenalan Skim Rondaan Sukarela (SRS).
Selain itu, setiap KRT digalakkan menganjurkan seberapa banyak kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum.
KRT Taman Sri Rugading Fasa 2 telah ditubuhkan pada April 2022 melalui satu mesyuarat penduduk Taman Sri Rugading dengan dihadiri Wakil Pegawai Perpaduan Tuaran Puan Rosimah Enson. Satu AJK Penaja telah ditubuhkan untuk menguruskan pendaftaran KRT Taman Sri Rugading Fasa 2 yang dipengerusikan oleh En Azlee Bin Okee. Kawasan KRT Taman Sri Rugading meliputi semua penduduk kawasan Taman Sri Rugading Blok M hingga V meliputi sekitar 980 unit rumah sewa serta semua Pemilik dan Penyewa Rugading Commercial Centre bagi sektor 1,2,3 dan 4 meliputi 80 pintu kedai 2 tingkat.
KRT Taman Sri Rugading Fasa 2 telah diluluskan pendaftaran oleh pihak JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL (JPNIN) Pada December 2022. AJK KRT Taman Sri Rugading telah ditubuhkan pada 21 Januari 2023 dengan melantik 23 AJK KRT Taman Sri Rugading bagi sesi 2023-2025.
Kewujudan KRT Taman Sri Rugading Fasa 2 tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjadikan KRT sebagai wadah perjuangan untuk membantu masyarakat dari segenap segi terutama dalam aspek keselamatan,sosial,ekonomi serta kebajikan penduduk. KRT Taman Sri Rugading berharap agar kewujudan KRT ini dapat menyatupadukan penduduk di kawasan ini untuk bersama-sama dalam setiap program,aktiviti dan kegiatan kesukarelawan dari masa ke masa. Semoga KRT ini menjadi medan terbaik masyarakat untuk bekerjasama dalam setiap perkara baik dan bekerjasama membenteras perkara yang tidak baik.
Meliputi Kawasan:
1)Perumahan Taman Sri Rugading Blok M hingga Blok V (980 unit rumah)
2)Rugading Commercial Centre (Sektor 1,2,3,dan 4) (80 unit kedai 2 tingkat)
1. PENGERUSI : AZLEE BIN OKEE
2. TIMBALAN PENGERUSI : SAPRA@SAPREE RIKUN
3. SETIAUSAHA : NOR HAYANIH BINTI AMINUDIN
4. TIMBALAN SETIAUSAHA : NORANIRA BINTI AMINUDIN
5. BENDAHARI : SALWINA BINTI HANAL
..................................................................................................
KETUA JIRAN WANITA : NUR ANI BINTI MUHAMMAD
KETUA JIRAN MUDA : MOHAMMAD NAZRI BIN JAMLEH
KETUA TUNAS JIRAN : SYITTI NAZEDAH HJ SUKASDI
KETUA TUNAS WARGA EMAS : SERAH BINTI NADIN
................................................................................................
KETUA-KETUA BIRO
KETUA BIRO SUKAN : MOHD YAZID BIN YUSUF
KETUA BIRO BUDAYA : DAYANG ARINAH MANCHOR
KETUA BIRO KRISIS & BENCANA : RIZAL BIN ABD RAHMAN
KETUA BIRO TEKNIKAL & TUGAS - TUGAS KHAS : ROSLIZAH SUADIN
KETUA BIRO KESELAMATAN : HAMZAN BIN DASIN
KETUA BIRO EKONOMI & KEUSAHAWANAN : AZIZAH MUSADDIKIN
KETUA BIRO PENDIDIKAN & PELAJARAN : MAZIAH BINTI MAIDIN
KETUA BIRO KEMASYARAKATAN : NORAFIDAH AWIL
KETUA BIRO LATIHAN & KEMAHIRAN : ARIJAH LAVOLLY
KETUA BIRO IT, MEDIA & SOSIAL MEDIA : SELESTER BIN KUBIN
KETUA BIRO AGAMA : UNIE BINTI LANGIS
KETUA BIRO KEBAJIKAN : HALIZAWATI BINTI MARADAN
.........................................................................................................................................
JURU AUDIT
1. MAIMUNAH MADIEL
2. ERIY DUSUN
Tarikh: 09/12/2022
Meliputi Blok M-V dan Rugading Commercial Centre
PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) PPR TAMAN SRI RUGADING
Rugading Commercial Centre, S4-1-37 Jalan Telipok,89208 Tuaran Sabah
No Tel: 0198604019
Emeil: krttsrfasa22023@gmail.com