Program Taklimat dan Ramah Mesra PERDIKS & KRT Taman Sri Rugading Fasa 2 bersama KRT Kg Sinar Saman merupakan program kerjasama pertama dijalankan oleh KRT Taman Sri Rugading Fasa 2 dalam mengeratkan kerjasama bersama KRT-KRT yang ada di Daerah Tuaran. Program ini juga bagi memberi taklimat mengenai sebuah NGO iaitu Persatuan Usahawan Digital IKS Daerah Tuaran yang merupakan NGO Usahawan Digital dari 2017 hingga kini. Moga program ini dapat memberi manfaat buat semua ahli KRT juga masyarakat Daerah Tuaran
Sedikit mengenai PKK, Program ini dilaksanakan sejak tahun 1963 dan ia dijalankan secara nonformal yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan bimbingan kepada masyarakat luar bandar ke arah keluarga cemerlang. Kelas PKK ini dilaksanakan di bangunan KEMAS seperti Pusat Kegiatan Masyarakat, bangunan awam seperti balairaya, surau, dewan orang ramai dan lain-lain lagi. Kelas ini juga dilaksanakan secara outreach iaitu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain berdasarkan kepada keperluan dan kehendak masyarakat setempat. Pemaju Masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga mengajar mengikut kurikulum yang ditetapkan oleh KEMAS seperti Kekeluargaan, Kesihatan, Pengurusan Sumber dan Kesedaran Sivik.
PKK kerjasama KRT Taman Sri Rugading Fasa 2 adalah satu inisiatif dan cadangan KRT Taman Sri Rugading untuk menjalankan kursus ini di kawasan KRT Taman Sri Rugading melalui KEMAS Daerah Tuaran. Usaha ini mampu membantu golongan suri rumah dan masyarakat di kawasan Taman Sri Rugading ini untuk mengikuti kursus-kursus kemahiran yang bermanfaat untuk menambah ilmu serta mampu menjana pendapatan melalui kemahiran yang diperlolehi.
KRT Taman Sri Rugading Fasa 2 melalui Ketua Biro Latihan dan Kemahiran akan menguruskan program ini sepanjang 2 tahun berjalan dan memastikan para peserta dapat memberi komitmen baik kepada program ini.