FEEL FREE TO VISIT MY YOUTUBE CHANNEL
KOMPONEN KETUHANAN : Guru memikul amanah sebagai pendidik yang perlu dilaksanakan. Amanah ini datangnya dari sesama manusia dan Tuhan. Guru perlu menjadikan kerjaya keguruan sebagai suatu ibadah yang memberikan sumber rezeki dalam kehidupan. Guru perlu sentiasa bersyukur dan melipatgandakan usaha dalam mendidik anak bangsa dan membentuk akhlak murid-murid untuk menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
KOMPONEN PROFESIONAL : Guru yang profesional adalah guru yang tahu apa yang perlu dilakukan didalam menjalankan tugasnya, menjadikan murid-muridnya beroleh kejayaan dalam hidup dan dapat memberikan ilmu yang terbaik.
KOMPONEN PENGAJARAN : Pengajaran melibatkan pelbagai kemahiran, pengetahuan, bahasa dan nilai yang saling bergabung untuk melahirkan murid yang cemerlang. Kemahiran mengajar, komunikasi dan pengendalian teknologi adalah perkara yang diutamakan.
KOMPONEN PERUNDINGAN : Guru adalah pemimpin, pembimbing dan pendorong untuk mempastikan tiada murid yang tertinggal di belakang. Guru perlu bertindak sebagai perunding cekap terhadap murid, ibu bapa, rakan sejawat dan pihak atasan yang lain.
KOMPONEN PENYELIDIKAN : Guru mesti mendahului era dengan sentiasa memperbaiki diri bagi meningkatkan tahap profesionalisme. Penyelidikan adalah perkara yang perlu dilakukan oleh guru dalam konteks amalan dalam bilik darjah. Kajian tindakan merupakan salah satu cara untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran.
Guru perlu menjadikan FPK sebagai wahana menterjemah kurikulum kebangsaan.
Guru perlu memahami dan menghayati bentuk pendidikan di negara seterusnya perlu memainkan peranan yang besar dalam melaksana prosesnya . Pemahaman dan peranan ini amat penting bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Guru memainkan peranan yang besar dalam membangunkan insan dan negara.
Bacaan seterusnya : Rumusan keseluruhan