FEEL FREE TO VISIT MY YOUTUBE CHANNEL
''Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara''.
FPK digubal berasaskan Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961, Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 dan juga Rukun Negara.
FPK dahulunya disebut sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
Dokumen FPK ini telah diwartakan dalam Akta Pendidikan 1996.
4.1.2 KANDUNGAN FPK
Terdapat tiga kandungan utama di dalam FPK iaitu:
1- Bentuk pendidikan
'' Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan...''
2- Proses pendidikan
''...ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara 1- menyeluruh dan 2- bersepadu untuk mewujudkan insan yang 3- seimbang dan 4- harmonis dari segi 1- intelek, 2- rohani, 3- emosi dan 4- jasmani...
3 - Matlamat pendidikan.
'' ...berdasarkan 1-kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang 2-berilmu pengetahuan, 3-berketerampilan, 4-berakhlak mulia, 5- bertanggungjawab dan 6- berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran 1- keluarga, 2- masyarakat dan 3- negara.''
4.1.3 MODEL KONSEPTUAL FPK
Pernyataan FPK -----> 3 Kandungan Utama FPK -----> Model Konseptual
Berdasarkan pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Terdapat 3 kandungan utama didalamnya. Dan daripada 3 kandungan utama ini, terdapat 7 Model Konseptual.
7 Model Konseptual ini ialah :
1- Intelek
2- Rohani
3- Emosi
4- Jasmani
5- Ilmu Pengetahuan & Akhlak Mulia
6- Tanggungjawab & Sumbangan Kepada Masyarakat
7- Insan seimbang dan harmonis
7 Model Konseptual ini akan dihuraikan dalam unit 4.2 .
Gambar diatas memaparkan kesimpulan Model Konseptual Falsafah Pendidikan Kebangsaan
SEJARAH BAGAIMANA TERHASILNYA FPK
RUMUSAN KANDUNGAN FPK
Bacaan seterusnya: 4.2