Program Turun Padang YBM KPDN dan Sesi Ramah Mesra Bersama Mahasiswa UUM
21 Julai 2023
UUM, Sintok
SINTOK, 21 JULAI 2023, JUMAAT - Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini telah turun padang dan mengadakan satu Sesi Ramah Mesra Bersama Mahasiswa Universiti Utara Malaysia yang diadakan di Kafeteria Inasis TM, UUM, Sintok Kedah.
YB Menteri turut meninjau Menu RAHMAH Siswa yang dijual di kafe tersebut. Pada masa yang sama, YB Menteri turut melancarkan Majlis Pelancaran Food Bank Inasis TM yang diusahakan oleh pihak kampus dan mahasiswa UUM itu sendiri.
Seterusnya, YB Menteri turut menyampaikan sumbangan Bakul RAHMAH kepada mahasiswa yang kurang upaya (OKU). Sumbangan Bakul RAHMAH yang diberikan ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh mahasiswa tersebut.
Turut hadir, Pengurusan Tertinggi Universiti Utara Malaysia (UUM) serta Pegawai Kanan Kementerian.
Unit Media KPDN Kedah