Menggubal dasar, strategi dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan perdagangan dalam negeri, khususnya dalam Sektor Perdagangan Pengedaran dan Kepenggunaan.
Perdagangan Dalam Negeri
-Membangunkan peluang perniagaan dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat melalui profil pemborongan dan peruncitan, francais, jualan langsung, dan sektor hiliran petroleum;
-Menentukan dan memantau harga barang-barang perlu;
-Mengawalselia penjualan dan pengedaran barang-barang perlu, barangan petroleum dan petrokimia, dan urusniaga jualan langsung;
-Melaksanakan peraturan timbang dan sukat;
-Menyelaras perkara mengenai perbadanan, syarikat dan perniagaan mengikut akta berkaitan;
-Menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik; dan
-Mentadbir dan membangunkan Sistem Perlindungan Harta Intelek.
Kepenggunaan
-Melaksanakan program pendidikan pengguna;
-Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan perlindungan pengguna; dan
-Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan.
(Sumber : Portal KPDN-HQ)