Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang ke Laman Rasmi Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Kedah (KPDN Kedah).
Perkembangan semasa dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menawarkan ruang yang luas bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan penyebaran maklumat jabatan.
Laman Rasmi KPDN Negeri Kedah merupakan salah satu media komunikasi jabatan bagi menyampaikan maklumat dan sumber rujukan yang berguna kepada pengunjung. Laman ini mula dibangunkan pada September 2022. Pengunjung dapat mengetahui maklumat terkini berkaitan program dan aktiviti kepenggunaan yang dilaksanakan serta siaran berita berkaitan KPDN Kedah. Pengunjung juga dapat mengetahui aktiviti dan maklumat jabatan melalui platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Tiktok KPDN Kedah.
Jabatan ini dari masa ke semasa akan terus berusaha untuk memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat di Negeri Kedah khususnya.
Sekian. Terima kasih.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
MUHAMMAD NIZAM BIN JAMALUDIN
Pengarah
KPDN Negeri Kedah