Sesi Walkabout Pemantauan Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali Tahun 2022
21 Oktober 2022 | Lotus's Sungai Petani Selatan, Kedah
Sesi Walkabout Pemantauan Pelaksanaan SHMMP Deepavali 2022 telah dihadiri oleh YB Dato' Romani Bin Wan Salim , Exco Negeri Kedah, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna
Turut hadir bersama Tuan Affendi Rajini Kanth (Pengarah KPDNHEP Kedah), Puan Zalina Binti Aziz (Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kedah), Ketua-ketua Cawangan KPDNHEP Negeri Kedah, Pegawai-Pegawai KPDNHEP Negeri Kedah rakan-rakan Media dan Wakil Pengurusan Lotus's Sungai Petani Selatan.
SHMMP Deepavali 2022 berkuat kuasa selama 7 hari bermula 20 Oktober sehingga 26 Oktober 2022. Melibatkan keseluruhan 14 barangan dan 8 barangan tambahan yang dikawal semasa Perlaksanaan SHMMP Deepavali 2022 di peringkat ladang, borong dan runcit.