Kota Seni merupakan satu program seni yang khusus diadakan untuk memperkenalkan keseniaan dan kebudayaan negeri Johor kepada remaja dan peminat seni. Acara ini dirancang khas untuk memberi tumpuan kepada mereka yang muda dan berbakat, dengan harapan dapat menginspirasi minat dan kecintaan mereka terhadap keseniaan dan kebudayaan negeri Johor.
Oleh hal yang demikian, Kota Seni menganjurkan bengkel-bengkel interaktif sebagai ruang kepada remaja untuk terokai kesenian persembahan. Antara bengkel yang akan dianjurkan dalam program ini termasuklah, bengkel seni interaktif dalam lakonan, tatarias dan dandanan, serta tarian. Selain itu kami turut mengadakan makan malam kesenian dan kebudayaan bagi mempamerkan kesenian dan kebudayaan johor dari segi persembahan kepada penonton.
Harapan kami supaya program Kota Seni ini dapat memberi inspirasi dan mencipta ruang bagi para penggiat baru bagi mengembangkan kemahiran seni mereka dan menghubungkan mereka dengan komuniti seni yang lebih besar.
MISI
Mencipta platform yang memperluas wawasan seni, menggalakkan minat terhadap seni dalam kalangan remaja, dan menghubungkan komuniti seni yang lebih besar.
VISI
menjadi pangkalan yang membudayakan seni dalam kalangan masyarakat, memupuk semangat kesenian, dan mewujudkan pertumbuhan seni yang dinamik, serta meningkatkan kesedaran yang mendalam tentang kepentingan seni dalam kehidupan