Inspirasi Kota Seni
Kota Seni merupakan satu program seni yang khusus diadakan bagi memperkenalkan dunia keseniaan dan kebudayaan negeri Johor kepada remaja dan penggiat baru seni. Acara ini dirancang khas untuk memberi tumpuan kepada mereka yang muda dan berbakat, dengan harapan dapat menginspirasi minat dan kecintaan mereka terhadap keseniaan dan kebudayaan negeri Johor.
Kota Seni ingin memberi ruang dan peluang kepada remaja untuk terokai dunia seni. Antara acara yang akan dianjurkan dalam program ini termasuklah, bengkel seni interaktif dalam lakonan, tarian, dan tatarias, pameran mencating batik, pameran seni visual, dan persembahan kesenian oleh para pelajar kelab kebudayaan sekolah di negeri Johor.
Kami telah menyediakan tiga bengkel seni, istimewa untuk peminat seni cilik yang mahu menimba ilmu lakonan, tari, tatarias dan dandanan. Dan tak lupa juga berseronok dengan aktiviti yang telah disediakan, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah dari setiap bengkel yang telah disediakan.
Kami juga akan menyediakan galeri seni pada Malam Kesenian dan Kebudayaan Johor bagi pengunjung menyaksikan karya seni tempatan.
Kami membuka peluang kepada pereka seni tempatan untuk mempamerkan dan menjual karya seni mereka di ruang galeri seni Kota Seni 2.0.