MOHD. KHAIRUL MASWAN BIN MOHD REDZUAN
PENGERUSI
KOPERASI WARGA KERJA
MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN BERHAD
MOHD. KHAIRUL MASWAN BIN MOHD REDZUAN
PENGERUSI
KOPERASI WARGA KERJA
MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN BERHAD
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Selamat datang ke laman rasmi Koperasi kami. Platform ini dibangunkan sebagai medium rasmi untuk menyampaikan maklumat, perkembangan aktiviti serta perancangan koperasi kepada anggota dan masyarakat.
Koperasi komited memperkukuh kedudukan ekonomi anggota melalui pengurusan yang telus, berintegriti dan berdaya saing. Kami percaya keterbukaan maklumat dan sokongan berterusan daripada anggota adalah kunci kepada kejayaan dan kemajuan bersama.
Terima kasih atas kepercayaan dan komitmen yang diberikan.
Koperasi Warga Kerja Majlis Perbandaran Kemaman Berhad atau nama ringkasnya dikenali dengan “ KOSWAK ” ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dan didaftarkan Bil. Daftar T-4-0495 pada 15hb November 2011. Setelah tertubuhnya Koperasi Warga Kerja Majlis Perbandaran Kemaman Berhad, penubuhannya turut dibincangkan.
Fungsi-fungsi ditubuhkan koperasi antaranya adalah :
Kredit Pinjaman Pembinaan seperti kontrak pembinaan, bangunan dan jalan, kepenggunaan jualan runcit, perkhidmatan cuci bangunan, pendidikan dan ICT.
Menjadi sebuah koperasi yang maju demi memenuhi keperluan anggota
Meningkatkan imej koperasi
Menjadikan koperasi pilihan penjawat awam
Meningkatkan keupayaan kewangan dan pembiayaan
Menjalankan perniagaan dan perkhidmatan yang mampu bersaing kompetitif dalam pasaran tempatan
Peneraju Kecemerlangan Koperasi
Bersama Membawa Berkat
Kami Pihak Pengurusan Koperasi Warga Kerja Majlis Perbandaran Kemaman Berhad (KOSWAK), menyusun jari ... lihat lagi
Menjelang ketibaan Syawal yang mulia, pihak pengurusan ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan... lihat lagi
Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, kami Koperasi Warga Kerja Majlis Perbandaran Kemaman Berhad ingin memohon kemaafan atas segala khilaf dan kekurangan, sama ada yang disengajakan mahupun tidak. Semoga Ramadhan kali ini membawa ketenangan hati, melipatgandakan amal ibadah, serta menjadikan kita insan yang lebih sabar, lebih bersyukur dan lebih dekat kepada-Nya.
Moga Ramadhan ini lebih baik buat kita semua, dipenuhi rahmat, keampunan dan keberkatan. Ameen.