Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dengan segala hormatnya, seluruh Ahli Koperasi Warga Kerja Majlis Perbandaran Kemaman Berhad (KOSWAK) dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan KOSWAK Kali Ke-4/2026 yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Butiran Mesyuarat:
Tarikh: 29 September 2026 (Selasa)
Masa: 9.30 Pagi
Tempat: Dewan Berlian Utama, MPK
Dokumen & Muat Turun:
Notis Mesyuarat Agung Tahunan: Boleh dimuat turun untuk makluman dan rujukan ahli.
Kertas Usul: Disediakan bagi ahli yang ingin mengemukakan usul.
Borang Pencalonan Ahli Lembaga Koperasi: Disediakan bagi tujuan pencalonan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) baharu.
Tindakan Ahli: Lengkapkan Kertas Usul dan Borang Pencalonan (sekiranya ada) dan kembalikan kepada pihak Koperasi selewat-lewatnya pada 20 September 2026 (Ahad), sebelum jam 12.00 tengah hari.
Kehadiran dan kerjasama daripada semua ahli amatlah dihargai bagi menjayakan mesyuarat ini demi kemajuan koperasi kita bersama.
Sekian, terima kasih.
PENERAJU KECEMERLANGAN KOPERASI
Pihak Pengurusan
Koperasi Warga Kerja Majlis Perbandaran Kemaman Berhad (KOSWAK)
Kedai Serbaneka Lot 7 (mewakili Koperasi Warga Kerja Majlis Perbandaran Kemaman Berhad) akan berada di Resort World Kijal Food Festival selama 3 hari berturut-turut!
Jemput warga koperasi, staf, dan orang ramai untuk singgah ke booth kami dan nikmati pelbagai sajian enak, segar, serta berbaloi.
Ayam & Snek: Chicken Korean, Chicken Soy Garlic, & Chicken Tender
Makanan Panas: Oden Tom Yum
Minuman Segar: Kopi Lot 7, Air Kocok, & Mojito (Soda / Milky)
Tarikh: 28 – 30 Ogos 2026 (Jumaat – Ahad)
Lokasi: Resort World Kijal, Kemaman
Jangan lupa ajak ahli keluarga dan rakan-rakan! Datang ramai-ramai untuk memberikan sokongan kepada booth Lot 7. Jumpa anda di sana!
👉 Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Kedai Serbaneka Lot 7, sila imbas kod QR pada poster di atas.
Kedai Serbaneka Lot 7 akan DITUTUP pada 27 Mei 2026 (Rabu) sempena Hari Raya Aidiladha.
Premis kami akan beroperasi semula seperti biasa pada:
📅 28 Mei 2026 (Khamis)
🕛 Jam 12:00 Tengah Hari
Pihak pengurusan KOSWAK dan Kedai Serbaneka Lot 7 ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Rancang kunjungan anda dan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha daripada kami di KOSWAK! 🕋✨
Bulan Ramadan beransur pergi,
Syawal menjelma ceria sekali,
Silap dan salah harap dimaafi,
Moga ukhuwah kekal di hati.
Kami Pihak Pengurusan Koperasi Warga Kerja Majlis Perbandaran Kemaman Berhad (KOSWAK), menyusun jari memohon maaf atas segala khilaf. Semoga sambutan Syawal 1447H ini membawa keberkatan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Ikhlas daripada
(Pengerusi, Ahli Lembaga & Seluruh Warga Kerja KOSWAK)
Tinggi-tinggi si matahari, Burung merpati hinggap di dahan,
Buat tanda penghargaan diri, Buah tangan raya kami serahkan.
Menjelang ketibaan Syawal yang mulia, pihak pengurusan ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesetiaan setiap anggota koperasi.
Pemberian Goodies Raya ini merupakan simbolik ukhuwah dan tanda ingatan tulus ikhlas daripada kami buat seluruh warga kerja. Semoga sumbangan kecil ini dapat memeriahkan lagi persiapan lebaran anda bersama keluarga tercinta.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada tulang belakang kejayaan kami. Selamat menyambut Aidilfitri!
Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, saya ingin memohon kemaafan atas segala khilaf dan kekurangan, sama ada yang disengajakan mahupun tidak. Semoga Ramadhan kali ini membawa ketenangan hati, melipatgandakan amal ibadah, serta menjadikan kita insan yang lebih sabar, lebih bersyukur dan lebih dekat kepada-Nya.
Moga Ramadhan ini lebih baik buat kita semua, dipenuhi rahmat, keampunan dan keberkatan. Ameen.