Salam Sejahtera, Semua Operasi Kedai-Kedai Koperasi akan beroperasi dari Isnin - Jumaat (8AM - 5PM) sahaja.
Koperasi Politeknik Kuching Sarawak Berhad telah ditubuhkan dan didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502) pada pada 24 Oktober 1991.
Matlamat Koperasi Politeknik Kuching Sarawak Berhad bersandarkan kepada subseksyen 4(1) Akta Koperasi 1993 iaitu untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi.
Tujuan utama penubuhan Koperasi ini ialah;
(1) Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pengguna dimana kebanyakan aktiviti adalah melibatkan pelajar Politeknik Kuching Sarawak; dan
(2) Menyediakan barang dan perkhidmatan yang boleh membantu pelajar untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa.
Terdapat dua pusat untuk aktiviti jualan dan perkhidmatan Koperasi Politeknik Kuching Sarawak dilakukan iaitu di GMART (kawasan asrama pelajar lelaki) dan juga di SMART (kawasan blok akademik). Manakala untuk sewaan komputer ianya dilakukan di Cyber Cafe yang terletak di atas GMART (kawasan asrama lelaki).
Antara contoh jualan/perkhidmatan yang disediakan adalah:
(1) Barang-barang keperluan harian
(2) Barang-barang kelengkapan pelajar
(3) Perkhidmatan fotostat dan cetak
(4) Kupon tambah nilai telefon prabayar
(5) Kupon tambah nilai jalur lebar prabayar
(6) Makanan serta minuman
(7) Cyber cafe
(8) Sewaan jubah
(9) Perkhidmatan insurans
(10) Perkhimatan mesin basuh