Salam Sejahtera, Semua Operasi Kedai-Kedai Koperasi akan beroperasi dari Isnin - Jumaat (8AM - 5PM) sahaja.
Selamat sejahtera semua GRADUAN Poliku tahun 2020 dan 2021. Koperasi Politeknik Kuching Sarawak Berhad akan menawarkan pinjaman Jubah untuk anda semua pinjam dan bergambar bersama rakan serta Keluarga sempena Konvokesyen anda. Atas pelbagai cabaran dan halangan disebabkan oleh masalah Pandemic Covid19, anda tidak dapat menikamati rasa konvo sebenar. Walau bagaimanapun, usaha ini diharapkan dapat memberi saat-saat istimewa ANDA bersama rakan dan keluarga meraihkan atas usaha dan kejayaan dapat menamatkan pengajian anda.
Untuk proses pinjaman. Diharap anda isi link di bawah dan baca peraturan-peraturan dalam link di bawah ini:
https://tinyurl.com/Konvokesyen
----->>
Berikut adalah pautan Tatacara Peminjaman Jubah Konvokesyen PKS
#PoliteknikKuchingSarawak Politeknik Kuching Sarawak
#GraduanPoliteknikKuchingSarawak
Dikemaskini pada 30 December 2021
Dimaklumkan bahawa Pihak Koperasi Politeknik Kuching Sarawak Berhad (KOPOLIKU) ingin membuat tinjauan terhadap Graduan yang berminat membuat peminjaman Jubah Konvokesyen bagi Graduan Politeknik Kuching Sarawak. Tinjauan ini akan dibuka selama seminggu bermula 16 September 2021 sehingga 24 September 2021. Bagi Graduan yang ingin membuat Peminjaman Jubah Konvokesyen amat digalakkan untuk mengisi Kajian ini. Sila guna pautan berikut untuk mengisi borang kajian yang disediakan. Kerjasama dari semua Graduan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan Terima Kasih.
Sebarang Pertanyaan boleh dibuat terus ke HOTLINE kami. (Rujuk di paparan UTAMA)
Pautan Borang Kajian Peminjaman Jubah Konvokesyen PKS
Dikemaskini pada 15 September 2021