Kedai Koperasi MRSM ATM Bera Berhad membantu memudahkan pelajar memperoleh barangan keperluan harian dan peralatan persekolahan berikut;
Alat tulis , buku tulis dan lain-lain
Makanan & Minuman
Buku Latihan & Rujukan
Kelengkapan asas diri pelajar
Baju batik, baju "outing" dan baju PJK
Sampin, tali leher, tie clip
Di kedai koperasi:
Perkhidmatan Ejen Bank (Bank Rakyat) di mana pemegang kad Bank Rakyat boleh mengeluarkan duit. Pelajar perlu menbawa kad pengenalan diri semasa urusan pengeluaran duit.
Perkhidmatan cashless debit card / MRSM cashless di kedai koperasi
Perkhidmatan photostat (hitam dan warna), laminating dan binding
Menjual kad prabayar bagi kegunaan telefon awam yang disediakan di asrama dan Wisma Pelajar.
Semua pelajar perlu menggunakan perkhidmatan dobi wajib. Dobi wajib terletak di Aspuri dan Aspura.
Terdapat 2 pekerja dobi yang bertugas di dobi wajib Aspuri dan Aspura.
Terdapat 8 unit mesin basuh di Aspura dan 10 unit mesin di Aspuri.
Perkhidmatan dobi wajib hanya menyediakan perkhidmtan membasuh sahaja. Pelajar perlu menyidai pakaian sendiri di ampaian.
Penghantaran bakul sekali seminggu mengikut jadual.
Perkhidmatan menggosok akan disediakan pada semester 2 2023 dengan tambahan bayaran jika ingin menggunakan perkhidmatan ini.
Yuran dobi wajib sebanyak RM10 sebulan yang perlu dibayar oleh semua pelajar.
Bayaran dobi boleh dibuat melalui kedai koperasi atau secara dalam talian ke akaun Bank Rakyat Koperasi MRSM ATM Bera Berhad.
Dobi Layan Diri
Disediakan untuk menampung permintaan pelajar yang ingin mendobi lebih dari yang disediakan oleh Dobi Wajib
Disediakan di Aspuri dan Aspura. Di Aspuri terdapat 4 mesin pengering dan 5 mesin basuh dan di Aspura terdapat 3 mesin pengering dan 5 mesin basuh.
Pelajar boleh menggunakan dobi layan diri mengikut masa terluang mereka.
Disediakan diaspuri dan aspura : mesin basuh dan pengering yang menggunakan syiling/note RM 1.
Mesin tukaran duit disediakan dikedua-dua tempat Dobi Layan Diri di Aspuri dan Aspura
Kafetaria MATRA menjual makanan dan minuman kepada guru, staf dan juga kepada pelajar-pelajar MRSM ATM Bera mengikut masa yang telah ditetapkan.
Kafetaria dibuka mulai seawal jam 7.30 pagi dan menyediakan makanan untuk sarapan, nasi campur untuk tengahari dan makanan panas sehingga jam 4.00 petang.
Kafetaria dibuka kepada pelajar waktu rehat dan selepas prep malam di Dataran Usahawan.