KOPERASI MRSM ATM BERA BERHAD telah didaftarkan secara rasmi dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 15 Oktober 2022 apabila MRSM ATM Bera dibuka secara rasmi pada 12 April 2022. Pada 1 November 2021, koperasi MRSM ATM Bera Berhad telah beroperasi secara rasminya disalah satu bilik di bangunan Wisma Pelajar.
Kegiatan utama koperasi adalah KEDAI KOPERASI, KEDAI DOBI dan KAFETARIA guru dan staf selain menawarkan perkhidmatan seperti perkhidmatan photostat dan pencetakan, perkhidmatan laminating, serta ejen bagi kad prabayar telefon awam.
Koperasi MRSM ATM Bera juga memberikan perkhidmatan sebagai ejen bank berdaftar Bank Rakyat bagi memudahkan urusan pembayaran bil utiliti, pengeluaran duit. pembelian secara tanpa tunai menggunakan kad debit, menambah nilai top up telefon dan sebagainya.