Sabtu
29 September 2018
2 PM - 4 PM
(ILD) Institute of Leadership & Development, UiTM
Lebuh Enstek, Bandar Enstek, 71760 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Assalamualaikum dan salam persaudaraan. Jawatankuasa Penaja Koperasi menjemput semua bekas pelajar SM Sains Tuanku Munawir (SM Sains Seremban) - SASER untuk hadir ke Mesyuarat Agung Kali Pertama Koperasi SASEROBA Berhad yang akan diadakan pada Sabtu, 29 September 2018, Jam 2 petang bertempat di Auditorium Institute of Leadership & Developpment (ILD) UiTM Nilai. Mesyuarat Agung Kali Pertama ini adalah satu langkah penting dalam menubuhkan sebuah koperasi berhad yang sah berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Tujuan utama penubuhan koperasi adalah untuk menyediakan sebuah platform kepada SASERIAN untuk menambah sumber pendapatan alternatif dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka. Menyedari hakikat bahawa SASERIAN mempunyai potensi modal insan yang besar serta berkualiti di dalam pelbagai lapangan maka keperluan untuk menyatukan potensi ini adalah amat penting kerana kita semuanya berkongsi persamaan latar belakang pendidikan menengah yang sama iaitu berasal dan telah lahir daripada sebuah sekolah terbaik di Malaysia. Menerusi platform Koperasi ini, adalah diharapkan potensi ini dapat digunakan melalui jaringan usaha yang terancang agar dapat diterjemahkan kepada suatu nilai ekonomi untuk manfaat bersama. Sehubungan itu, kami menjemput SASERIAN untuk hadir dan bersama-sama menjayakan usaha yang murni ini. Sekian jumpa disana!
Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh Pertubuhan SASEROBA Malaysia bagi meneliti & mengelola penubuhan Koperasi SASEROBA Berhad sehingga berlangsungnya Majlis Mesyuarat Agung Kali Pertama koperasi. Terdiri daripada 10 orang ahli jawatankuasa tetap manakala disokong oleh sekumpulan bekas pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang, pengalaman serta batch, jawatankuasa ini dari masa ke semasa telah bertemu untuk membincang bagi menjayakan penubuhan koperasi ini. Kami percaya bahawa SASERIAN telah berada dalam fasa matang dan bersedia untuk bersama-sama meneroka potensi ekonomi melalui usahasama secara terancang didalam sebuah organisasi koperasi.
CARTA ORGANISASI
En. Halim Khalid
Pioneer
Technical Accountant
Kuwait Reinsurance Company
En. Muhammad Zuhdi
Pioneer
Pegawai Laut
Jabatan Laut Malaysia
Setiausaha
En. Nazmi Mohd Zaini
8th Batch
Legal Associate
TS Liew Nurzila & Co
Bendahari
En. Yusri Yunus
Pioneer
Trainer
Ipay88 Holding Sdn Bhd
AJK
En Mohammad Haafiz
4th Batch
Assistant Manager
Cenergi SEA Sdn Bhd
AJK
En. Hisyam Jamari
Pioneer
Research Officer
Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) UiTM
AJK
En. Mohd Hafiz
Pioneer
Penolong Pengarah
Jab. Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan
AJK
En. Khairul Nizam
4th Batch
Perunding Hartanah
ACEKL Estate Agency Sdn Bhd
AJK
En. Abdul Aziz Azman
Pioneer
Accountant
S&A Synergy Advisory Sdn Bhd
AJK
En. Eron Damaska
7th Batch
Sr. Marketing Executive
Excellent Vision Ventures Sdn Bhd
Menjadi sebuah pertubuhan perniagaan Koperasi yang unggul untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup anggota.
Menyediakan ruang serta menguruskan peluang melalui pertubuhan Koperasi sebagai satu pentas perniagaan berpusat yang berkesan bagi menjayakan visi pertubuhan melalui urus tadbir terbaik, telus, cekap, amanah dan adil.
Kenyataan Akhbar / Siaran Media
Panduan, Proses dan Etika Mesyuarat
Alamat
No 37, Jalan Sibu 17, Taman Wahyu, 68100, Kuala Lumpur Malaysia
Website
www.koperasi.saseroba.org
Telefon (AJK Penaja)
Halim Khalid (Pioneer) : 019-295 6163
Zuhdi Yaakof (Pioneer) : 012-610 4691
Yusri (Pioneer) : 012- 292 1230
Nazmi (Batch 8) : 017-635 0590